CUEPACS saran penjawat awam berniaga patuh peraturan kerajaan

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

KUALA LUMPUR 17 Dis- Penjawat awam dinasihatkan untuk memaklumkan kepada ketua jabatan secara bertulis untuk menjalankan perniagaan atau pekerjaan tambahan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat turut menasihatkan agar penjawat awam untuk patuh peraturan yang telah kerajaan tetapkan agar kerja hakiki tidak terjejas ekoran pembabitan dalam pekerjaan kedua.

Katanya, hal itu bagi mengelakkan daripada berlakunya perkara berbangkit.

“Perkara ini perlu dimaklumkan melalui permohonan secara bertulis kepada ketua jabatan masing-masing.

“Dalam masa yang sama penjawat awam juga perlu memastikan kerja hakiki mereka tidak terjejas dan terganggu berikutan penglibatan dalam perniagaan atau pekerjaan kedua dan keutamaan haruslah diberikan kepada perkhidmatan masing-masing agar tiada perkara berbangkit berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan hari ini, mengulas mengenai seorang penjawat awam yang dikenakan hukuman denda RM8,000 kerana menjalanan perniagaan tanpa kebenaran semasa berkhidmat sebagai penjawat awam.

Tambah Adnan, CUEPACS juga mengingatkan agar ketua-ketua jabatan ambil maklum perkara tersebut dan bertindak mengikut pertimbangan yang adil dan saksama.

“CUEPACS berharap ketua jabatan masing-masing sentiasa mengingatkan mengenai perkara ini kepada kakitangan masing-masing.

“Sekiranya berlaku permasalahan, ketua jabatan haruslah bertindak mengikut pertimbangan yang baik dan adil kerana setiap masalah yang berlaku boleh diselesaikan diperingkat jabatan masing-masing tanpa perlu dipanjangkan ke peringkat yang lebih tinggi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1394
Kongsi :
Previous post Harga ayam di Melaka mulai turun
Next post Operator kilang korban pertama banjir di Pahang
Ubah saiz-+=