
‘DAK RAOP’ TAK LUPA KAWAN LAMA
TANJUNG BIDARA 22 Mac – Riak wajah ceria jelas terpancar pada wajah Ab khalim Baba, 60, sebaik melihat kelibat Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf yang duduk di sebelah beliau sambil bertanya khabar mengenai kesihatannya.
Meskipun tidak dapat menuturkan kata-kata akibat diserang angin ahmar dan terlantar sejak enam tahun lalu, wajah teruja Ab Khalim jelas menunjukkan dia teruja dan gembira melihat kehadiran Ab Rauf yang juga rakan sekampung ke rumahnya.
Isteri Ab Khalim, Nor Hayati Yusoff, 55, berkata, sebagai seorang yang sibuk menguruskan negeri, Ab Rauf sebenarnya kerap singgah bertanyakan khabar suaminya.
“Mereka ini rakan sekampung pada zaman muda agak rapat, apabila Ketua Menteri singgah Tanya khabar ia amat menggembirakan suami, cuma dia tidak boleh bercakap akibat masalah kesihatan dihadapi.
“Terima kasih kepada Tok Raop, masih cakna dan ambil peduli terhadap nasib rakan sekampung seperti suami saya,” katanya selepas menerima kunjungan Ketua Menteri sempena Program Ziarah Kasih di kediamannya di Kampung Pulau, di sini, 17 Mac lalu.
Pada kunjungan itu Ketua Menteri turut menyampaikan sumbangan kit makanan dan sedikit duit raya kepada keluarga berkenaan.
Lebih istimewa apabila ziarah berkenaan turut disertai ‘Hero Malaya’ Datuk Remy Ishak yang juga pelakon popular kelahiran Melaka.
Nor Hayati berkata, ketika ini dia amat mengharapkan anak lelaki dan anak perempuan untuk menguruskan termasuk memandikan suaminya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


