
Dilarang berkelah, berkhemah di PD jika tak lengkap vaksin
AYER KEROH 10 Sept. – Individu yang tidak lengkap menerima suntikan vaksin tidak dibenarkan melakukan aktiviti berkelah dan perkhemahan di pantai peranginan Port Dickson, lapor Harian Metro.
Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), Zamri Mohd Esa berkata, semua aktiviti berkumpulan juga adalah tidak dibenarkan kecuali kumpulan kecil dalam kalangan ahli keluarga sama.
Katanya, perkara itu digariskan dalam prosedur operasi standard (SOP), Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 2 dikeluarkan oleh MPPD sejak pantai itu dibuka pada 26 Ogos lalu.
Menurutnya, aktiviti perkelahan dan perkhemahan adalah dibenarkan dalam daerah yang sama.
“Individu yang sudah menerima suntikan vaksin lengkap dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi menyertai aktiviti dengan pematuhan SOP yang ketat.
“Namun mereka juga perlu patuh penjarakan sosial semasa berada di kawasan pantai selain mematuhi protokol kesihatan umum.
“Aktiviti pelancongan juga hanya dibenarkan dalam negeri yang sama sahaja membabitkan hotel dan inap desa seperti arahan awal PPN bagi seluruh kawasan di Negeri Sembilan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
UTEM MAHU JADI JUARA DUNIA TVET
DURIAN TUNGGAL 4 Disember - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang merupakan universiti awam terbaik Pendidikan dan Latihan Teknikal dan...
MELAKA JOHAN BOLA TAMPAR SUKAN GURU PENDIDIKAN ISLAM 2025
AYER KEROH 4 Disember - Melaka mencipta sejarah apabila dinobatkan sebagai johan acara bola tampar, sekali gus menjadi pasukan terbaik...
STATUS OKU INSPIRASI MOHD NORAFI BERGELAR USAHAWAN BERJAYA
KLEBANG 4 Disember - Perjalanan kehidupan lelaki ini tidak mudah kerana melalui beberapa siri ujian berat, namun dia tetap tabah...
SISTEM RADAR MBMB BANTU PANTAU KEPATUHAN HAD LAJU
AYER KEROH 4 Disember - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) melaksanakan inisiatif baharu melalui pemasangan 'Sistem Radar Traffic Speed Sign'...
JKM LAKSANA PROSES PEMUTIHAN, PASTIKAN BANTUAN SAMPAI KEPADA YANG BENAR-BENAR LAYAK – EXCO
AYER KEROH 4 Disember - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka sedang menjalankan proses pemutihan dan kajian semula senarai penerima...
WISMA JKM PUSAT SEHENTI SOKONGAN KEBAJIKAN NEGERI
AYER KEROH 4 Disember - Wisma Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Melaka menjadi simbol komitmen Kerajaan Negeri dalam menyediakan infrastruktur...
