
Dj Amy Lokos kendalikan Gegau Pagi MelakaFm
AYER KEROH 30 Mac – Bagaikan sirih pulang ke gagang itu yang dapat digambarkan kepada penyampai radio Dj Amy Lokos apabila bakal kembali semula ke MelakaFM dan bersiaran di Segmen Gegau Pagi.
Dj Amy sebelum ini pernah berkhidmat selama 13 tahun di MelakaFM sebelum meninggalkan stesen radio itu pada 2018 dan sempena ulangtahun RTM Ke 76, dia dijemput menghiburkan pendengar setia MelakaFM.
Dia yang kini mengendalikan SahabatFM akan digandingkan semula dengan pasangan lamanya iaitu penyampai Chegu Murni pada 31 Mac dan 1 April ini.
Peluang yang diberikan itu satu penghargaan buat dirinya dan dia mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terbabit termasuk Pengarah RTM Melaka Mohd Yusni Mohamed Ali.
Bagaimanapun, persoalan sama ada Dj Amy Lokos akan kembali ke MelakaFm seperti sebelum ini masih menjadi tanda tanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
