
Dr Mahathir berjaya jalani prosedur perubatan elektif – IJN
KUALA LUMPUR, 9 Jan – Tun Dr Mahathir Mohamad berjaya menjalani prosedur perubatan elektif dan kini semakin pulih, menurut Institut Jantung Negara (IJN).
IJN dalam satu kenyataan hari ini berkata prosedur yang dijalankan oleh sepasukan doktor dari institut itu dan Pusat Perubatan Universiti Malaya semalam, berjalan dengan lancar seperti dirancang.
“Beliau telah sedar dan bersemangat tinggi. Berdasarkan kepada perkembangan semasa klinikal, beliau dijangka dibenarkan keluar dari IJN dalam beberapa hari lagi,” menurut kenyataan IJN itu.
Bekas perdana menteri itu dimasukkan ke IJN pada 16 Dis tahun lepas untuk menjalani beberapa siri pemeriksaan kesihatan dan pemerhatian lanjut sebelum melalui prosedur berkenaan.
Berikutan prosedur operasi institusi itu, IJN memaklumkan pelawat tidak dibenarkan melawat Tun Dr. Mahathir.
“Tun Dr Mahathir dan isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali ingin merakamkan ucapan terima kasih atas segala ucapan selamat, keprihatinan dan doa daripada orang ramai,” menurut kenyataan itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PESISIR PANTAI MENGHADAP SELAT MELAKA JADI CADANGAN LOKASI KEMUNCAK WTD 2025
DUYONG 13 Julai - Kawasan pesisir pantai menghadap Selat Melaka di sekitar Klebang dicadang sebagai lokasi acara kemuncak Hari Pelancongan...
GENDANG SUDAH DIPALU, WRUR DUYONG DIBUKA TIRAI SECARA RASMI
DUYONG 13 Julai - Paluan gendang sebanyak enam kali menjadi simbolik kepada pembukaan program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
ECO CRUISE TASIK CHINCHIN TAWAR PELAYARAN MENDAMAIKAN
RIM 13 Julai - Melaka kini memiliki satu lagi produk pelancongan air menarik iaitu Eco Cruise Tasik Chinchin yang bakal...
MAIM PERMUDAH HIDUP BAHARU PASANGAN MUALAF
KESIDANG 13 Julai - Hanya ucapan terima kasih dapat diungkapkan pasangan pengantin mualaf kepada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) kerana...
‘JAGA SUNGAI BUKAN MUDAH, TAPI BERBALOI’
BANDARAYA MELAKA 13 Julai - Tugasan bermula awal pagi, berpanas dan menghidu bau kurang menyenangkan, tidak mematahkan semangat dua anak...
WRUR DUYONG LEBIH INKLUSIF, FOKUS KOMUNITI SETEMPAT
BANDARAYA MELAKA 12 Julai – Sebanyak 12 program telah dirancang di bawah portfolio Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri...