
DUA KEMATIAN AKIBAT DENGGI DI MELAKA SETAKAT NOVEMBER
SERI NEGERI 30 Disember – Dua kematian akibat denggi direkodkan di Negeri Melaka iaitu di daerah Melaka Tengah dan Jasin bagi tempoh Januari hingga November lalu.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Datuk Ngwe Hee Sem berkata untuk tempoh 11 bulan itu sebanyak 1,972 kes denggi didaftarkan di negeri ini.
Katanya, daerah Melaka Tengah mencatatkan jumlah kes yang tertinggi diikuti Jasin dan Alor Gajah.
“Mengikut jumlah pecahan kes, daerah Melaka Tengah merekodkan 1,241 kes yang didaftarkan; Jasin sebanyak 517 kes dan 214 kes didaftarkan di daerah Alor Gajah.
“Wabak denggi masih tiada rawatan spesifik setakat ini, apa boleh dilakukan adalah merawat gejala (symtomatic) dan merawat komplikasi penyakit (supportive) sahaja.
“Ini kerana fasiliti ada di hospital kerajaan adalah mencukupi untuk merawat pesakit-pesakit demam denggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zulkiflee Mohd Zin (BN-Taboh Naning) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri Melaka Yang Kelima Belas, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PENANTIAN 2 DEKAD BERAKHIR, SURAU IMPIAN PENDUDUK TAMAN SERI TELOK MAS FASA 5 DIBINA
TELOK MAS 19 Jun – Penantian lebih dua dekad penduduk Taman Seri Telok Mas Fasa 5 untuk memiliki surau sendiri...
RUMAH BAHARU MANGSA KEBAKARAN DIJANGKA SIAP DALAM TEMPOH SEBULAN
TANJUNG BIDARA 19 Jun - Jabatan dan agensi Kerajaan Negeri bekerjasama bagi membantu Mohd Fairus Hamzah, 53, dan isteri Samsiah...
KETUA MENTERI UMUM BERITA GEMBIRA UNTUK WARGA SMK TELOK MAS
TELOK MAS 19 Jun - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Telok Mas bakal menerima dua unit televisyen pintar (Smart TV) dan...
WRUR TELOK MAS REALISASI HASRAT RAKYAT
TELOK MAS 19 Jun - Penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas memberikan impak...
MELAKA BINA 13 MASJID BAHARU DALAM TEMPOH TIGA TAHUN – KM
TELOK MAS 18 Jun - Sebanyak 13 masjid baharu telah dibangunkan Kerajaan Negeri dalam tempoh tiga tahun sebagai bukti komitmen...
KETUA MENTERI TURUN PADANG SANTUNI RAKYAT TELOK MAS
TELOK MAS 18 Jun - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh meneruskan pendekatan mendekati rakyat apabila meluangkan masa...
