
DUA LELAKI MABUK SERANG ANGGOTA POLIS DITAHAN
Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian berlaku pada 4.30 petang ketika anggota berusia 30 tahun itu sedang bertugas dan telah menahan dua lelaki tempatan yang berada dalam keadaan mencurigakan di hadapan pintu pagar IPK.
“Pemeriksaan terhadap kedua-dua suspek berusia 19 dan 20 tahun itu mendapati mereka disyaki dalam keadaan mabuk dan dibawa masuk ke dalam pos pengawal untuk pemeriksaan lanjut.
“Bagaimanapun, semasa berada di dalam pos, kedua-dua suspek bertindak agresif dengan menumbuk pipi dan menggigit dada anggota bertugas sehingga menyebabkan kecederaan di mata kiri serta lebam di dada,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Abdul Rozak berkata selain serangan fizikal, suspek turut mengeluarkan kata-kata kesat terhadap anggota berkenaan.
Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini hingga 25 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...
