
DUA LELAKI TERMASUK WARGA PAKISTAN MAUT KEMALANGAN
Ketua Polis Daerah Jempol Supt Norhisham Mustapar berkata dalam kemalangan pada 8.58 malam itu, warga Pakistan berusia 44 tahun serta pengawal keselamatan warga tempatan berumur 26 tahun maut akibat parah di kepala dan kaki.
“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta dipandu lelaki berusia 46 tahun dari Simpang Pertang menghala Bahau melanggar belakang motosikal Honda C100B ditunggang penjual roti warga Pakistan.
“Pelanggaran itu menyebabkan motosikal hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan lalu melanggar motosikal seorang lagi mangsa,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Norhisham berkata pemandu kereta tidak cedera dalam kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Orang ramai mempunyai maklumat diminta membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat Insp Yasmin Beevee Mohamed Ali menerusi talian 012-9434222. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
SUSPEK AKTIF PECAH RUMAH DIBERKAS DI PAGI RAYA
AYER KEROH 30 Mac – Tindakan licik seorang lelaki tempatan yang aktif melakukan jenayah pecah rumah sejak awal tahun ini...
RUMAH TERBUKA AYER MOLEK BAWA KELAINAN, JELAJAH 6 KAMPUNG
AYER MOLEK 30 Mac - Walaupun tidak dianjurkan dalam skala besar, namun Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer...
RM37.5 JUTA BAIK PULIH JALAN, LONGKANG DI MELAKA
AYER LIMAU 30 Mac - Sebanyak RM37.5 juta diperuntukkan bagi kerja membaik pulih jalan dan sistem perparitan di seluruh Negeri...
TRADISI REWANG SEMARAK RAYA ORANG TABOH NANING
TABOH NANING 30 Mac - Memasak tiga kawah dan satu periuk besar kari lembu menjadi mudah menerusi rewang yang bersempena...
MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI DI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI LENDU
LENDU 30 Mac - Gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) yang diilhamkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh dirasai...
RUMAH TERBUKA DUN TABOH NANING TERJEMAHAN MELAKA SAYANG RAKYAT
TABOH NANING 30 Mac - Bukan sekadar berkumpul untuk meraikan kemeriahan Aidilfitri, sebaliknya penganjuran Rumah Terbuka Dewan Undangan Negeri Dewan...
