Sorting by

×

Dua loji baharu bakal atasi masalah air bersih di Melaka

Masa Membaca:59 Saat

AYER MOLEK 24 Jan – Pembinaan dua loji air di Chinchin dan Merlimau dijangka dapat menyelesaikan masalah bekalan air bersih di negeri ini.

EXCO Kemudahan Awam negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, setakat ini jumlah loji rawatan air bersih di Melaka adalah tidak mencukupi.

Menurutnya, loji rawatan air di Chinchin dijangka siap Mac ini, manakala loji rawatan air Merlimau fasa 2 pula dijangka siap Jan tahun depan.

“Ada beberapa cadangan pengurusan air mampan akan dilaksanakan iaitu dengan menyalurkan atau membuat paip dari Sungai Rembau, Negeri Sembilan terus ke Empangan Durian Tunggal.

“Kita tidak boleh terus bergantung kepada Sungai Gersik berikutan air laut mulai masuk ke sungai hingga 40 kilometer dan menghampiri pam Gersik.

“Sekiranya ini berlaku lebih-lebih lagi pada musim kemarau mungkin kita tidak dapat mengepam air disebabkan air masin dah mula masuk ke sungai,” katanya.

Beliau berkata, demikian pada sidang media selepas menerima bot penyelamat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Dewan Jawatankuasa Penyelarasan dan Pembangunan Dewan Undangan Negeri (JAPERUN) Ayer Molek, di sini hari ini.

Katanya, setakat ini ketiga-tiga empangan di negeri ini iaitu Empangan Jus, Durian Tunggal dan Asahan berada pada kapasiti 100 peratus.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1436
Kongsi :
Previous post Khaled Nordin sahkan tidak bertanding PRN Johor
Next post SPR: Mesyuarat khas tentukan tarikh PRN Johor 9 Feb ini
Ubah saiz-+=