
Dua maut, tiga parah dalam kemalangan babitkan bas dan kereta
SEREMBAN, 10 Julai – Dua maut manakala tiga lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah bas dan sebuah kereta di Kilometer 285.5 Lebuhraya Utara Selatan (Arah Utara), kira-kira 5 pagi ini.
Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Nilai, Pegawai Kanan Bomba II Shahrudin Mohd Din berkata setakat ini pihaknya mendapat maklumat terdapat 22 mangsa terlibat dalam kemalangan itu.
Katanya mangsa yang meninggal dunia melibatkan seorang lelaki iaitu pemandu bas dan penumpang seorang wanita Indonesia manakala dua mangsa yang menaiki kereta selamat.
“Kemalangan berlaku membabitkan sebuah bas pelancong (La Holiday) dari Singapura ke Kuala Lumpur dengan sebuah kereta Proton Wira, punca kemalangan masih dalam siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Shahrudin berkata mangsa yang lain belum dikenal pasti kerana telah dibawa ke hospital dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SUMBANGAN BAKUL RAHMAH BAWA SINAR KEBAHAGIAAN BUAT IBU TUNGGAL, SURI RUMAH
GADEK 26 Januari - Karnival Agihan Bakul Rahmah anjuran Persatuan Solidariti Nasional (PERSONA) Daerah Alor Gajah berjaya membawa sinar kegembiraan...
GURU KAFA JAIM JOHAN QARIAH MTHQ 1447H/2026
BUKIT PALAH 26 Januari - Guru muda mengajar Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM), Nur...
MELAKA SASAR 1,000 WANITA JALANI SARINGAN KANSER SERVIKS
TABOH NANING 26 Januari - Rasa takut dan malu menjadi antara faktor utama yang menyebabkan ramai wanita tidak mahu menjalani...
KEHADIRAN TPM SUNTIK SEMANGAT PENGHUNI KAYFAZ
BUKIT KATIL 25 Januari - Kunjungan Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Utama Dr. Ahmad Zahid Hamidi disifatkan sebagai suntikan...
KARNIVAL TENTERA BERSAMA RAKYAT GAMIT LEBIH 10,000 PENGUNJUNG
KLEBANG 25 Januari - Karnival Tentera Bersama Rakyat yang bermula pada 21 hingga 25 Januari di Persiaran Encore telah menggamit...
TIADA AKTIVITI BIDA TAPAK BAZAR RAMADAN DI MELAKA
KLEBANG 25 Januari - Kerajaan Negeri menerusi pihak berkuasa tempatan (PBT) akan mengambil tindakan tegas sekiranya berlaku sebarang aktiviti yang...

