
Dua pusat kuarantin di Melaka ditutup
AYER KEROH 6 Julai – Dua pusat kuarantin Covid-19 di negeri ini yang menempatkan individu yang menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari ditutup sepenuhnya.
Ketua Menteri, Datuk Haji Sulaiman Md Ali berkata, dua pusat kuarantin itu telah ditutup daripada beroperasi sejak dua minggu lalu.
Katanya, pesakit yang masih mendapatkan rawatan Covid-19 masih ditempatkan di Hospital Besar sehingga pulih sepenuhnya.
“Dua pusat itu iaitu Pusat Kecemerlangan, Kejuruteraan dan Teknologi JKR di Alor Gajah (CREaTe) dan pusat kuarantin Covid-19 di Akademi Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ) Jasin telah ditutup sepenuhnya,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Kesyukuran Negeri Kembali Hijau Dari Jangkitan Covid 19 di Kompleks Seri Negeri, di sini hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata kerajaan negeri turut menubuhkan jawatankuasa khas bebas Covid-19 di peringkat akar umbi bagi memastikan rakyat di negeri ini mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.
“Bukan sahaja di peringkat negeri, malah jawatankuasa bebas Covid-19 di peringkat Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung (JPKK) dan Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) akan tetap diteruskan sehingga kita mendapat vaksin,” katanya.
Views:
Related


Berita Lain
2026, MPHTJ FOKUS PERKHIDMATAN KELAS PERTAMA
BANDA HILIR 22 Disember - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal menjadikan 2026 sebagai tahun untuk memberikan perkhidmatan terbaik...
SAMBUTAN JUBLI INTAN REJIMEN GERAK KHAS BAKAL CIPTA SEJARAH
AYER KEROH 22 Disember - Buat julung kalinya selepas enam dekad penubuhan pasukan komando elit tentera darat, Rejimen Gerak Khas...
TERLANGGAR KABEL ELEKTRIK, PEMANDU PARAMOTOR HANYA CEDERA RINGAN
DUYONG 22 Disember - Seorang pemandu paramotor cedera rungan apabila terjatuh ke dalam sawah selepas dipercayai melanggar kabel elektrik ketika...
RM1 JUTA LONJAK PEMBANGUNAN KAMPUNG KILANG BERAPI UTARA
MERLIMAU 22 Disember - Sebanyak RM1 juta diperuntukkan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) bagi memacu pembangunan infrastruktur Kampung Kilang...
PERLU ADA RASA TANGGUNGJAWAB BANTU ORANG KAMPUNG BERJAYA
LENDU 22 Disember - Semua anak-anak kampung yang telah berjaya dalam pelbagai bidang perlu mempunyai satu tanggungjawab dan jiwa untuk...
MELAKA DESTINASI PELANCONGAN KELUARGA LESTARI 2026
AYER KEROH 22 Disember - Melaka mahu membawa imej destinasi pelancongan keluarga lestari sepanjang 2026 sempena Tahun Melawat Melaka 2.0....
