Sorting by

×

Duda maut terjatuh tingkat empat

Masa Membaca:1 Minit, 15 Saat

JASIN 25 Jun: Seorang duda maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah pangsapuri di Bemban, di sini ketika melarikan diri daripada rumah kekasihnya di sini, pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 11.47 pagi itu mengakibatkan lelaki berusia 46 tahun yang berkerja sebagai peniaga maut di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Jasin Deputi Superintendan Mispani Hamdan berkata, siasatan awal mendapati lelaki terbabit datang ke rumah saksi iaitu kekasihnya yang juga isteri orang berusia 37 tahun pada jam 12 tengah malam tadi.

Katanya, wanita berkenaan tinggal di rumah bersama tiga anaknya dan sebelum kejadian, suaminya tiada di rumah.

“Pada jam kira-kira 10.30 pagi, suami saksi tiba-tiba pulang dan menyedari ada individu lain di dalam rumahnya lalu mengunci pintu jeriji besi hadapan menyebabkan pasangan itu tidak dapat keluar.

“Suami saksi kemudian menghubungi polis dan lelaki itu juga didakwa enggan berunding dengan dengan suami saksi selain nekad melarikan diri,” katanya.

Menurut beliau, lelaki itu bertindak mengambil seutas dawai di ampaian dan mengikat pada palang besi koridor, kemudiannya turun dengan berpaut pada dawai itu.

“Saksi kemudian terdengar bunyi yang kuat di bahagian koridor dan mendapati si mati tertiarap di atas tanah dan tidak bergerak.

“Pemeriksaan dijalankan oleh polis kemudian mendapati terdapat kesan tanah dan darah dibahagian muka lelaki itu dipercayai dia terjatuh terhempap selain lengan kirinya juga patah,” katanya.

Mispani berkata, mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Jasin bagi proses bedah siasat dan kes disiasat sebagai mati mengejut.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

970
Kongsi :
Previous post Ibu dan anak rentung dalam kebakaran banglo empat tingkat – Bomba
Next post Jumlah keseluruhan subsidi 2022 dijangka hampir RM80 bilion – Tengku Zafrul
Ubah saiz-+=