
DUN bubar, pentadbiran negeri berjalan seperti biasa
AYER KEROH 5 Okt. – Urusan pentadbiran kerajaan negeri tidak terjejas meskipun pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) diumumkan hari ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ts. Kamel Mohamed berkata, urusan pentadbiran negeri berjalan seperti biasa, malah pihaknya akan memastikan setiap penjawat awam di negeri memberikan fokus utama kepada rakyat tanpa dipengaruhi dengan krisis politik pada ketika ini.
“Dalam konteks pentadbiran negeri, saya akan pastikan semua penjawat awam di negeri memberikan komitmen terbaik dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat.
“Malah, kita telah mengadakan mesyuarat bersama ketua jabatan dan agensi selepas pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memastikan semua penjawat awam memahami peranan masing-masing,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pembubaran DUN berlandaskan Perlembagaan Negeri selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Utama (Dr.) Mohd Ali Mohd Rustam adalah jelas dan nyata.
Jelasnya, berdasarkan Perkara 19 (4) Perlembagaan Negeri Melaka, apabila DUN dibubarkan, satu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
MELAKA BILA LARUT MALAM 2.0 LEBIH SEGAR, BERIMPAK
BANDA HILIR 6 Disember - Melaka bakal memperkenalkan Program Bila Larut Malam Versi 2.0 tahun depan, kata Ketua Menteri Datuk...
MAIM HADIAHKAN MOTOSIKAL RINGANKAN BEBAN SUAMI ISTERI DAN 7 ANAK
TELOK MAS 6 Disember - Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan seorang ibu kepada tujuh anak apabila dihadiahkan sebuah motosikal oleh...
MELAKA BAKAL JADI TUMPUAN ULAMA, ILMUAN ISLAM TAHUN DEPAN
BUKIT PALAH 6 Disember - Melaka bakal menjadi tumpuan ulama dan ilmuan Islam dunia apabila Jabatan Mufti Negeri Melaka merancang...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 RINGANKAN BEBAN PENIAGA
SERI NEGERI 6 Disember - Pengumuman insentif sewaan premis percuma selama sebulan kepada penyewa premis milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)...
DUYONG ‘TAK REHAT’ HUJUNG TAHUN INI
TELOK MAS 6 Disember - Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong bakal diwarnai pelbagai acara-acara besar sepanjang bulan ini. Ahli Dewan...
BAJET NEGERI MELAKA 2026 HOLISTIK, MESRA PELANCONG – PPSPM
BANDARAYA MELAKA 6 Disember - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) menyambut baik pembentangan Bajet Negeri Melaka 2026 yang...


