Sorting by

×

Ekspo RMM: LPM sasar 5,000 rakyat mohon rumah idaman

Masa Membaca:1 Minit, 42 Saat

BANDA HILIR 3 Jun – Ekspo Rumah Mampu Milik (RMM) yang berlangsung selama tiga hari pada hari ini hingga Ahad dijangka mencapai 5,000 permohonan daripada rakyat negeri ini untuk mendapatkan rumah idaman masing-masing.

Pengarah Eksekutif Lembaga Perumahan Melaka (LPM), Mohd Salleh Hamidom berkata, ia berikutan sebanyak sebanyak 8,286 unit rumah dengan anggaran nilai jualan sejumlah RM2.276 bilion ditawarkan sepanjang ekspo tersebut.

“Pada hari ini sahaja kita sudah menerima lebih 600 permohonan untuk rumah idaman mereka yang mana mereka perlu mendaftar untuk melihat kelayakan masing-masing.

“Jadi, ekspo selama tiga hari ini adalah satu peluang terbaik untuk rakyat Melaka memiliki rumah idaman masing-masing yang mana kita menyasarkan tidak kurang 5,000 permohonan akan diterima sepanjang ekspo ini berlangsung,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis perasmian ekspo berkenaan, hari ini.

Pengarah Eksekutif LPM, Mohd Salleh Hamidom. Foto: MR. AZLI

Sementara itu, pengunjung, Rafize Huzaimi Kamal, 30 berkata, penganjuran ekspo berkenaan memudahkan golongan belia sepertinya untuk mendapatkan maklumat sebelum memohon rumah idaman.

Dia yang menetap di Durian Tunggal berkata, sejak berkahwin dan dikurniakan cahaya mata, dia sememangnya mahu mendapatkan rumah sendiri demi keselesaan keluarganya.

“Saya sudah lima tahun menetap di rumah mentua, memang ada hasrat untuk memiliki rumah sendiri tetapi atas faktor tugas dan juga belum ada kemampuan pada waktu itu, saya tidak dapat berbuat demikian.

“Bila adanya ekspo ini, secara tak langsung ia memudahkan saya untuk buat permohonan mengikut kelayakan.

“Alhamdulillah, tadi saya lihat ada rumah yang murah, ada yang mahal. Namun, semua bergantung kepada kemampuan kita. Yang penting kita ikhtiar untuk dapatkan rumah idaman kita,” katanya.

HAMZAH

Nada sama turut dizahirkan seorang lagi pengunjung, Hamzah Yazid, 35 dari Ayer Keroh yang mahu memiliki rumah sendiri selepas lebih tiga tahun menyewa.

“Ekspo sebegini memang memudahkan untuk golongan seperti saya mencari rumah mampu milik.

“Saya rasa, ekspo seperti ini sangat bagus dan perlu diteruskan lagi pada tahun-tahun mendatang,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1258
Kongsi :
Previous post Polis tahan suri rumah jual air ketum
Next post Suri rumah rugi RM71,100 ditipu sindiket pelaburan
Ubah saiz-+=