
Empat ditahan kes penemuan mayat lelaki yang ditetak, dibakar
ALOR SETAR, 16 Feb – Polis menahan tiga lelaki dan seorang wanita di sekitar bandar raya, bagi membantu siasatan berhubung penemuan mayat seorang lelaki dengan kesan tetakan pada tangan dan muka serta dibakar, di tingkat atas sebuah panggung wayang lama di Pekan Simpang Kuala, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Ahmad Shukri Mat Akhir berkata seorang daripada mereka ditahan semalam, manakala tiga lagi hari ini.
“Semua suspek yang berumur antara 30-an dan 50-an direman sehingga 22 Feb.. kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata identiti lelaki itu masih belum dikenal pasti dan polis masih menunggu laporan bedah siasat.
Semalam mayat seorang lelaki yang berusia lewat 40-an ditemukan oleh anggota bomba, yang sebelum itu menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran di bangunan terbiar berkenaan pada kira-kira pukul 7 pagi.
Anggota bomba yang menjalankan operasi memadam kebakaran itu menjumpai mayat lelaki berkenaan di bawah tilam dan sofa yang dibakar di sebuah bilik di tingkat atas bangunan.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI TULAR BERPAUT PADA KERETA BEKAS ISTERI DITAHAN
JOHOR BAHRU 1 Mac - Polis telah menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kejadian tular yang memaparkan dirinya berpaut...
PELUANG DAPAT ‘E-WALLET’ RM20 DI 4 BAZAR RAMADAN RAHMAH MELAKA
AYER KEROH 1 Mac - Pengunjung terawal dan bertuah berpeluang menerima baucar RM20 e-Wallet Touch ‘n Go (TNG) sempena penganjuran...
ADUAN BERTAHUN SELESAI DI BAWAH ‘TOK RAIS’
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pelbagai aduan melibatkan lampu jalan, turapan jalan serta kemudahan awam di bawah kawasan Hujong Padang...
SCIENTEX BINA 3,700 RUMAH MAMPU MILIK DI PAYA RUMPUT
PAYA RUMPUT 1 Mac - Pembangunan projek perumahan berskala besar seluas 528 ekar (213.6 hektar) oleh Scientex Heights Sdn Bhd...
ALUNAN KALAM ILAHI ‘BERGEMA’ DI SUNGAI MELAKA
BANDARAYA MELAKA 27 Februari - Pengisian Ramadan oleh Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) tampil berbeza apabila bakal mengadakan...
MPHTJ SANTUNI, CERIAKAN AIDILFITRI GOLONGAN MEMERLUKAN
AYER KEROH 1 Mac - Inisiatif berkongsi rezeki dilaksanakan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) sedikit sebanyak membantu menceriakan sambutan...
