
EMPAT MOTOSIKAL BERGESEL DI LINKEDUA, DUA PENUNGGANG MAUT
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M. Kumarasan berkata mangsa warga tempatan berusia 30 dan 31 tahun itu mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala selain patah tangan kanan dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi.
“Hasil siasatan mendapati empat penunggang motosikal berkenaan sedang dalam perjalanan menuju ke Singapura dan bergerak di lorong sebelah kanan, sebelum mereka bergesel sesama sendiri.
“Akibat daripada perlanggaran terbabit, kesemua penunggang motosikal telah terbabas di lorong yang sama dan menyebabkan dua daripadanya meninggal dunia di lokasi kemalangan, manakala dua yang lain masih mendapat rawatan di hospital kerana cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kumarasan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
“Orang awam yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kemalangan ini boleh menghubungi bahagian siasatan dan penguatkuasaan trafik daerah (BSPTD) Iskandar Puteri melalui talian 07-5101322,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MELAKA ANJUR SEMINAR ANTARABANGSA MARITIM, KUPAS PENEMUAN ‘KAPAL PURBA’
SERKAM 8 Februari - Seminar Antarabangsa Maritim yang bakal dianjurkan Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) pada September depan akan menumpukan perbincangan...
MELAKA PERHEBAT PROMOSI PELANCONGAN DI INDIA
AYER KEROH 8 Februari - Kerajaan Negeri menerusi Tourism Melaka memperluas jaringan promosi strategik pelancongan Melaka menerusi penyertaan pada pameran...
MELAKA PERUNTUK RM4.4 JUTA PERKASA KESIHATAN RAKYAT
AYER KEROH 8 Februari – Kerajaan Negeri memperuntukkan sebanyak RM4.4 juta di bawah Skim Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Kesihatan Awam...
MELAKA BILA LARUT MALAM JADI NADI EKONOMI RAKYAT
BANDA HILIR 8 Februari - Melaka Bila Larut Malam yang mula diperkenalkan pada Jun 2024 yang lalu telah menjadi bukti...
CABUTAN BERTUAH MELAKA RIVER CRUISE DITERUSKAN TAHUN INI
BANDA HILIR 8 Februari - Kerajaan Negeri akan meneruskan Program Cabutan Bertuah Melaka River Cruise pada tahun ini dalam usaha...
MELAKA NEGERI PERTAMA MILIKI SISTEM ‘PANIC BUTTON’
BANDA HILIR 8 Februari - Melaka menjadi negeri pertama di negara ini memiliki sistem 'Panic Button', kata Ketua Menteri Datuk...

