Evolusi sejarah Melaka

Masa Membaca:1 Minit, 11 Saat

Oleh: Muhammad Rasul Azli Samad

BANDA HILIR 5 Ogos – Muzium Sejarah dan Ethnografi di Bangunan Stadthuys terletak antara persimpangan Jalan Kota dan Jalan Gereja, di sini, menyimpan pelbagai khazanah evolusi kebudayaan, kesenian dan adat masyarakat Negeri Melaka.

Sementara itu di bahagian hadapan bangunan warna merah itu yang turut dikenali sebagai ‘Dataran Belanda’ tersergam indah Air pancut Victoria dan Menara Jam Tan Beng Seng yang dibina pada tahun 1886 umpama pelengkap kepada landskap bangunan penuh bersejarah itu.

Peranan muzium ini memberikan penekanan khusus kepada corak hidup masyarakat tempatan dalam kalangan pelbagai bangsa iaitu Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Chetti dan Portugis.

Gambaran berhubung adat istiadat perkahwinan, cara hidup seharian, peralatan yang digunakan, alat muzik menjadi pilihan dan bentuk pertanian diusahakan adalah fokus utama muzium ini.

MUZIUM ETNO 5
ERA Kesultanan Melayu Melaka. Foto MR AZLI

Turut dipamerkan adalah koleksi porselin zaman berzaman, pelbagai jenis senjata, mata wang tempatan dalam dan luar negara serta pelbagai lagi koleksi semasa pendudukan Belanda di Melaka.

Muzium Sejarah bertempat di tingkat satu pula memperagakan sejarah Melaka yang menjadi tonggak kepada sejarah Malaysia hari ini, bermula dari pembukaan Melaka ke era penjajahan Portugis Belanda, Inggeris, Jepun sehingga negara mencapai kemerdekaan.

Berdasarkan lukisan dan artifak sejarah yang ada, maka para pengunjung akan dapat menghayati keunggulan Melaka dari awal penubuhan, kecemerlangan dinikmati, perjuangan menuntut kemerdekaan dan erti kemodenan yang ada.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1859
Kongsi :
Previous post Jadikan apartmen sebagai “perkampungan”, JIM tahan 425 pendatang tanpa izin
Next post Kertas siasatan pengikut ajaran The Ahmadi ke Pejabat Peguam Negara
Ubah saiz-+=