
Ganding bahu hapus sarang aedes
KESIDANG 5 Jun – Kira-kira 200 orang penduduk kampung termasuk Jabatan Kebajikan Negeri Melaka (JKNM) dan Skuad Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) menjayakan Gotong- Royong Mega Cegah Denggi 1.0 Peringkat Kebangsaan 2022 di Kampung Lapan, Bachang, hari ini.
Program yang dirasmikan EXCO Kesihatan Dr Muhamad Akmal Saleh itu turut dihadiri Pengarah JKNM Dr Rusdi Abd Rahman.
Program gotong-royong itu yang turut dibantu pekerja pembersihan meliputi pembersihan bukan sahaja di kawasan perumahan malah turut melibatkan kawasan kampung.
Selain itu, pasukan gotong-royong juga turut menjalankan pemeriksaan ditempat takungan air dengan meletakkan ubat membunuh jentik-jentik.
Aktiviti pembersihan persekitaran itu dilakukan termasuk menghapuskan tempat atau bekas yang menakung air dan menjadi tempat pembiakan aedes menjadi keutamaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MANFAATKAN TEKNOLOGI AI DEMI KEMAJUAN ISLAM
KAHERAH 18 Februari - Kepakaran ilmuan Al-Azhar khusus dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memberikan manfaat besar kepada...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA, KACAU DODOL
BANDA HILIR 18 Februari - Kira-kira 2,000 orang termasuk pengunjung dan pelancong dijangka membanjiri perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan sempena majlis...
TOK RAOP SANTUNI ANAK MELAKA DI MESIR
KAHERAH 18 Februari - Ketua Menteri meluangkan masa menyantuni mahasiswa kelahiran Negeri Melaka yang kini sedang menuntut di institusi pengajian...
DILEMA BANJIR HAMPIR TEMUI TITIK NOKTAH
PAYA RUMPUT 18 Februari - Masalah banjir yang sebelum ini sering membelenggu beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya...
MELAKA PERKUKUH KERJASAMA PENDIDIKAN, DAKWAH DENGAN AL-AZHAR
KAHERAH 18 Februari - Melaka mahu memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama strategik dengan Universiti Al-Azhar yang dianggap sebagai tunjang penting...
MAIM BANTU BINA TIGA RUMAH ASNAF TAHUN INI
PENGKALAN BATU 18 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan sebanyak RM240,000 untuk bantuan bina rumah asnaf tahun ini....
