
MAIM BANTU BINA TIGA RUMAH ASNAF TAHUN INI
PENGKALAN BATU 18 Februari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan sebanyak RM240,000 untuk bantuan bina rumah asnaf tahun ini.
Setiausaha MAIM Shaifulfazlee Mohamad berkata, bantuan itu merupakan antara skim baharu yang diperkenalkan pada tahun ini.
Jelas beliau, menerusi skim itu sebanyak tiga buah rumah untuk asnaf akan dibina pada tahun ini, di mana setiap rumah diperuntukkan sebanyak RM80,000.
“Menerusi skim baharu ini, kita menyasarkan seorang asnaf di ketiga-tiga daerah dalam Negeri Melaka akan mendapat manfaat ini.
“Sebelum ini skim bina rumah asnaf pernah dilaksanakan, namun ia dihentikan sementara dan diganti dengan bantuan pembaikan rumah.
“Tetapi pada 2026 kita kembalikan semula bantuan bina rumah ini dalam membantu asnaf yang memerlukan menerusi agihan zakat yang diterima,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Menurut Shaifulfazlee, pemohon bagi skim bantuan itu bagaimanapun perlu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan, antaranya memiliki tanah sendiri dan beberapa syarat lain yang akan dimaklumkan kelak.
“Diharap bantuan yang disediakan ini dapat membantu keluarga asnaf memerlukan dan mereka yang layak bolehlah berhubung dengan bahagian zakat MAIM untuk mendapatkan maklumat lanjut,” tambahnya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
WRUR SUNGAI RAMBAI TAMPIL PENDEKATAN CSR DEMI RAKYAT
SUNGAI RAMBAI 9 Julai - Program tanggungjawab sosial korporat (CSR) dilaksanakan jabatan dan agensi berkaitan banyak membantu menyediakan keperluan mendesak...
HAMPIR RM1 JUTA NAIK TARAF PASAR WILAYAH TAMAN KOTA LAKSAMANA
KOTA LAKSAMANA 9 Julai – Hampir RM1 juta diperuntukkan bagi kerja naik taraf Pasar Wilayah Taman Kota Laksamana dalam usaha...
SUNGAI RAMBAI IDAM PEMBANGUNAN PEKAN BAHARU
SUNGAI RAMBAI 9 Julai – Pekan lama yang menjadi nadi kehidupan penduduk Sungai Rambai berpotensi diperluaskan menerusi pembangunan baharu, sekali...
INOVASI ‘VISIONGUARD’ MPAG TERIMA PENGIKTIRAFAN PROJEK BERPRESTASI TINGGI
ALOR GAJAH 9 Julai – Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) mencatat satu lagi kejayaan membanggakan apabila menerima Sijil Projek Berpotensi...
AKTIF PERKASA ANAK MUDA, PEGUAM SYARIE DINOBAT IKON BELIA MELAKA
AYER KEROH 9 Julai – Menguruskan firma guaman sendiri sebagai peguam syarie bukan alasan buat Harris Daniel Hermee, 28, untuk...
‘BAU TANAH’ ANTARA PETUA PINDAH KUBUR LAMA
SERKAM 9 Julai - Meskipun si mati sudah meninggal dunia bagi tempoh masa yang agak lama, namun setiap kali proses...
