KERUSI RODA BAHARU, SINAR KECERIAAN BUAT ADIK FAWZIAH

Masa Membaca:44 Saat

MERLIMAU 22 November – Keperluan sebuah kerusi roda yang lebih selesa buat adik Farwizah akhirnya mendapat perhatian apabila kemudahan baharu itu disediakan bagi membantu memudahkan pergerakan dan urusan penjagaannya seharian.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, penyediaan kerusi roda berkenaan diharap dapat memberikan keselesaan lebih baik kepada Farwizah.

Menerusi perkongsian di Facebook, beliau turut merakamkan penghargaan kepada semua penyumbang yang bersama-sama menjayakan usaha membantu Farwizah.

Menurutnya, baki sumbangan yang berjumlah lebih RM70,000 akan disalurkan sepenuhnya kepada mereka yang memerlukan bagi memastikan lebih ramai dapat menikmati manfaat daripada dana berkenaan.

“Ini adalah komitmen saya bagi memastikan sumbangan orang ramai dimanfaatkan sebaiknya, khususnya dalam membantu golongan yang berdepan keperluan dan kekangan kehidupan,” katanya.

Akmal turut menegaskan bahawa tanggungjawab sebagai wakil rakyat perlu dilaksanakan dengan penuh amanah, selain memastikan kebajikan masyarakat sentiasa diberikan perhatian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

153
Kongsi :
Previous post MPHTJ BERJAYA SELESAIKAN 84 PERATUS DARIPADA KESELURUHAN 3,800 ADUAN DITERIMA