
GANJARAN UNTUK WARGA UITM JASIN AMAL KITAR SEMULA
JASIN 24 Jun – Seramai 200 warga Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jasin menyertai seminar ‘Recycle For a Better Future’ di kampus berkenaan, semalam.
Seminar anjuran SWM Environment Sdn Bhd itu diadakan bagi memberi pengenalan kepada pelajar dan warga kerja institusi pengajian berkaitan kitar semula yang penting dalam menjaga kelestarian alam sekitar.
Pada program itu, wakil SWM Environment telah menyampaikan ceramah berkaitan pengasingan sisa di punca, selain turut memperkenalkan program kitar semula berganjaran.
Selain itu, turut berlangsung Pertandingan Pengumpulan Barangan Kitar Semula di kampus berkenaan membabitkan dua kategori iaitu pelajar dan warga kerja.
Program dianjurkan itu merupakan kesinambungan kepada Memorandum Persefahaman di antara UiTM dan SWM Environment yang dimeterai pada Februari lalu.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PASAR BESAR MELAKA SENTRAL LEBIH MODEN, BERKONSEP ‘RUMAH MELAKA’
PENGKALAN BATU 11 Mei - Projek pembinaan Pasar Besar Melaka Sentral yang baharu dijangka bermula tahun hadapan selepas proses tender...
BUSANA TRADISIONAL JADI ‘TIKET PERCUMA’ NAIK MENARA TAMING SARI
BANDA HILIR 11 April - Dengan berbusana tradisional pada penganjuran Melaka Bila Larut Malam yang diadakan pada Sabtu minggu pertama...
FELDA HUTAN PERCHA MENAWAN DUNIA
MACHAP JAYA 12 Mei - Kesepakatan kaum Melayu, Cina, India dan masyarakat Orang Asli menjadi resipi Felda Hutan Percha meraih...
MPAG PROMOSI PULAU SEBANG SENTRAL SEBAGAI TERMINAL PENGANGKUTAN BERSEPADU
GADEK 11 Mei - Lebih 300 peserta hadir memeriahkan acara 'fun walk' bersempena Festival Komuniti Lestari Alor Gajah 2026 yang...
24H ULTRAMARATHON: USIA BUKAN PENGHALANG TAMATKAN LARIAN LEBIH 100KM
DUYONG 11 Mei – Minat mendalam terhadap dunia larian serta semangat luar biasa untuk mengatasi batas diri menjadi pemangkin buat...
SENTUHAN MAGIS URUTAN SARAF TIARA
ASAHAN 11 Mei - Seorang wanita di Kampung Pondok Batang, di sini, kini mampu berdiri sendiri selepas berjaya membina perniagaan...
