Guru tadika meninggal dunia selepas 5 jam kemalangan

Masa Membaca:1 Minit, 4 Saat

BEMBAN 7 Mei – BEMBAN 7 Mei – Seorang penunggang motosikal maut ketika menerima rawatan di hospital selepas terbabit dalam kemalangan di Jalan Gapam-Bemban semalam.

Mangsa, Siti Sarah Mohamad Nuwawi, 32 yang bekerja sebagai guru tadika di Jasin Bestari menghembuskan nafas terakhir ketika menerima rawatan di Hospital Melaka pada jam 4.20 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Jasin, Deputi Superintendan Ahmad Jamil Radzi berkata Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin memaklumkan terdapat kemalangan jalan raya membabitkan mangsa di lokasi kejadian pada jam 11.20 pagi.

Katanya, siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari arah Bemban menghala ke Ayer Keroh.

“Setiba di lokasi kejadian, motosikal ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terbabas di bahu kiri jalan.

“Susulan itu, mangsa jatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata wanita berkenaan dihantar ke Jabatan Kecemasan Hospital Melaka untuk menerima rawatan lanjut.

“Bagaimanapun, polis menerima maklumat daripada pihak hospital mangsa meninggal dunia pada jam 4.20 petang.

Ahmad Jamil berkata, siasatan di lokasi kejadian mendapati kemalangan dipercayai berlaku atas faktor permukaan jalan yang tidak rata dan terdapat kerosakan di permukaan jalan tersebut.

Katanya, siasatan masih diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1215
Kongsi :
Previous post RM50,000 bagi pembentukan sahsiah remaja
Next post Malaysia rugi RM277 bilion dalam tempoh lima tahun akibat rasuah
Ubah saiz-+=