
GURU WANITA RUGI LEBIH RM140,000 DITIPU LELAKI MENYAMAR PEGAWAI NSRC
KUALA BERANG 26 Disember – Polis mengesahkan seorang guru wanita kerugian RM144,152 selepas diperdaya sindiket penipuan yang menyamar sebagai pegawai Pusat Respon Scam Kebangsaan (NSRC) pada November lepas.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Supt Sharudin Abdul Wahab berkata mangsa berusia 56 tahun telah dihubungi seorang lelaki yang mendakwa beliau terlibat dalam penyebaran pautan bantuan kerajaan palsu dan pengubahan wang haram pada 17 Nov lepas.
Sharudin berkata suspek mengarahkan mangsa menyerahkan kad ATM dan nombor pin kononnya untuk tujuan siasatan pihak polis.
“Kemudian pada 4 Dis lepas, suspek menghubungi mangsa sekali lagi dan mengarahkannya supaya meletakkan kad ATM di papan tanda di kawasan belakang sekolah.
“Mangsa yang panik mengikuti arahan suspek tanpa usul periksa kerana bimbang dikenakan tindakan undang-undang dan hukuman penjara,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sharudin bagaimanapun berkata mangsa menyedari ditipu setelah mendapati wang simpanannya berjumlah RM144,452 telah hilang dan selepas diperiksa, didapati berlaku lima kali pengeluaran oleh individu tidak dikenali dari tempoh 4 hingga 8 Dis lepas.
Beliau berkata mangsa membuat laporan polis pada 6.14 petang Rabu lepas dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TAHUN BAHARU CINA LEBIH MERIAH BUAT 140 PENERIMA DI TANGGA BATU
PAYA RUMPUT 11 Februari - Senyuman kegembiraan jelas terukir pada wajah 140 penerima sumbangan dalam kalangan masyarakat Tionghua yang bakal...
400,000 KENDERAAN DIJANGKA MASUK MELAKA SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 10 Februari - Kerajaan Negeri Melaka mengarahkan kerja-kerja pengorekan dan penyelenggaraan jalan dihenti sementara sempena sambutan Tahun Baharu...
SEORANG MAUT, EMPAT CEDERA DALAM NAHAS DI LAMPU ISYARAT PADANG JAMBU
BUKIT KATIL 10 Februari – Seorang penunggang motosikal maut manakala empat lagi cedera selepas dirempuh sebuah kereta yang dipercayai memasuki...
16 BARANGAN KAWALAN SEMPENA TAHUN BAHARU CINA 2026
KESIDANG 10 Februari – Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baharu Cina 2026 akan berkuat kuasa bermula 13 hingga...
TAMAN PERMAINAN TAMAN 1 KRUBONG KINI LEBIH MESRA OKU
PAYA RUMPUT 10 Februari – Taman Permainan Kanak-Kanak Taman 1 Krubong kini dilengkapi kemudahan mesra orang kurang upaya (OKU) susulan...
‘SUMBANGAN INI AMAT BERMAKNA UNTUK SAYA’
REMBIA 10 Februari - Sumbangan sempena Tahun Baharu Cina sebagai tanda ingatan daripada Kerajaan Negeri dianggap amat bermakna buat Fong...
