
Hadi Awang positif COVID-19
KUALA TERENGGANU, 20 Mac – Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang telah disahkan positif COVID-19.
Perkara tersebut dimaklumkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk Muhammad Khalil, yang juga anak Abdul Hadi melalui laman Facebook Abdul Hadi Awang.
Muhammad Khalil berkata bapanya yang juga Ahli Parlimen Marang itu, hanya mengalami gejala ringan dan kini sedang menjalani kuarantin di rumah serta dalam keadaan baik.
“Mohon doa kepada Ayahanda Tuan Guru supaya diberikan kesembuhan segera. Beliau telah disahkan positif COVID-19 dan hanya mengalami gejala ringan. Kini sedang menjalani kuarantin di rumah dan dalam keadaan baik.
“Bersama kita doakan kesihatan Ayahanda Tuan Guru,” katanya. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KISAH TULAR PAGI SYAWAL UNDANG SEBAK, RAIS CAKNA HULUR BANTUAN
PAYA RUMPUT 23 Mac - Saat ramai bergembira menyambut Aidilfitri dengan pakaian baharu dan juadah istimewa, sebuah bapa dari di...
15 KES BERKAITAN CUACA PANAS DILAPORKAN TAHUN INI, SATU KES KEMATIAN LIBATKAN KANAK-KANAK
PUTRAJAYA 23 Mac - Sebanyak 15 kes berkaitan cuaca panas dilaporkan setakat ini bagi 2026, termasuk tiga kes strok haba...
GERAI MERCUN TERBAKAR: POLIS TERIMA LIMA LAPORAN, MBSP TARIK BALIK PERMIT
GEORGE TOWN 23 Mac - Polis telah memulakan siasatan berhubung kejadian kebakaran sebuah gerai jualan mercun dan bunga api di...
ANGGOTA TENTERA MAUT KEMALANGAN BABIT TIGA KENDERAAN
ALOR GAJAH 23 Mac - Seorang anggota tentera maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung dengan sebuah motosikal dan kereta di Jalan...
15 KAWASAN DI SEMENANJUNG BERADA PADA STATUS CUACA PANAS TAHAP SATU DAN DUA – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR 23 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan status cuaca panas di Padang Terap, Kedah berada pada tahap...
BANTUAN MAIM, LONJAK PENGELUARAN PRODUK 500 PERATUS
SERKAM 23 Mac - Sumbangan peralatan perniagaan daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memberi lonjakan besar kepada operasi sebuah syarikat...
