
Hakimah wanita pertama dilantik Ketua Pengarah JAKIM
PUTRAJAYA, 18 Mac – Datuk Hakimah Mohd Yusoff melakar sejarah menjadi wanita pertama dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) berkuat kuasa 21 Mac ini.
Mengumumkannya hari ini, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata berkata pemilihan Hakimah, yang sebelum ini adalah Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Jakim, adalah berdasarkan perkhidmatannya selama 30 tahun khususnya di Jakim.
“Pelantikan ini menjadi sejarah kepada Jakim apabila buat pertama kali diterajui oleh wanita sekali gus meningkatkan pembabitan wanita sebagai pembuat keputusan dalam perkhidmatan awam,” katanya dalam kenyataan hari ini serta mengucapkan tahniah di atas pelantikan Hakimah itu.
Mohd Zuki berharap pelantikan Hakimah dapat memacu Jakim ke arah memperkasa peranannya sebagai agensi hal ehwal Islam di peringkat Persekutuan yang kompetitif serta berdaya saing di peringkat global.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dari Universiti Malaya (UM) pada 1990 dan Ijazah Sarjana dari Universiti Putra Malaysia pada 2001, Hakimah memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim pada 1992. -BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DUN MACHAP JAYA RAIKAN TIGA TAHUN PENTADBIRAN TOK RAOP
MACHAP JAYA 5 April - Penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap Jaya menggunakan kesempatan berkumpul pada Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang...
WRUR DUN ASAHAN: HARI KETIGA PADAT AKTIVITI, TERIMA SAMBUTAN MENGGALAKKAN
ASAHAN 5 April - Sambutan positif dan menggalakkan diterima pada hari ketiga penganjuran Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan...
WRUR DUN ASAHAN: 125 MURID ISTIMEWA TEROKAI KEPENTINGAN AIR MENERUSI EXPLORACE ANAK SYURGA
ASAHAN 5 April - Seramai 125 anak istimewa sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan menyertai program Explorace Anak Syurga: Jejak...
MELAKA NAFI CATU AIR, BEKALAN MASIH STABIL
AYER KEROH 5 April - Kerajaan Negeri menafikan sebarang pelaksanaan catuan air seperti yang tular di media sosial baru-baru ini...
SITI NAJIHA ‘TERANGI’ HIDUP OKU
ASAHAN 5 April - Kehilangan upaya penglihatan sejak usia enam tahun dan bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) bukan penghalang buat...
DUN AYER LIMAU FOKUS RUMAH MAMPU MILIK, BAWAH RM250,000
AYER LIMAU 5 April - Projek rumah mampu milik di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau menjadi keutamaan dalam...
