Hantaran tular bantuan suri rumah JKM, palsu
KUALA LUMPUR, 25 April – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berkata hantaran berkenaan “Tarikh Bantuan Raya JKM Mei 2022 – Bantuan Kanak-Kanak, Suri Rumah, Warga Emas” yang tular di media sosial adalah palsu.
JKM melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia (K-KOMM) hari ini memaklumkan orang ramai disaran merujuk laman sesawang JKM menerusi www.jkm.gov.my untuk mendapatkan maklumat lebih tepat.
Orang ramai juga dinasihat agar tidak mudah mempercayai maklumat palsu sebaliknya menjadi warga digital yang bijak dan bertanggungjawab dengan membuat semakan terlebih dahulu dan merujuk sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat sahih dan terkini, kata kenyataan itu.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
RM35,000 NAIK TARAF PRASARANA SRA JAIM KEM TERENDAK
SUNGAI UDANG 15 Oktober - Sekolah Rendah Agama (SRA) JAIM Kem Terendak terpilih sebagai Sekolah Angkat MADANI Lembaga Tabung Angkatan...
PRN MELAKA: RAIS MAHU PARTI POLITIK BERKEMPEN SECARA SIHAT
SUNGAI UDANG 15 Oktober – Barisan Nasional (BN) mahu memastikan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka berlangsung secara sihat tanpa...
HITS@PERNAMA TAWAR HARGA ISTIMEWA KEPADA WARGA ATM, KELUARGA TANPA HAD KUOTA
SUNGAI UDANG 15 Oktober– Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), termasuk anggota yang sedang berkhidmat, veteran dan keluarga mereka, kini boleh...
HUGE 2026 PERKUKUH KEMAHIRAN, PACU DAYA SAING PELANCONGAN MELAKA
TABOH NANING 15 Oktober - Penguasaan teknologi, digitalisasi dan kecerdasan buatan (AI) terus diberi penekanan dalam usaha memperkukuh kompetensi tenaga...
MELAKA BELANJA DOKTOR NAIK MENARA TAMING SARI PERCUMA
BANDARAYA MELAKA 15 Oktober - Doktor di negeri ini berpeluang menikmati kemasukan percuma ke Menara Taming Sari sempena sambutan Hari...
KESIHATAN MENTAL, FIZIKAL WARGA KERJA JADI FOKUS MAIM
AYER KEROH 15 Oktober - Memupuk kesedaran mengenai pentingnya menjaga kesihatan mental dan fizikal dalam kalangan warga kerja menjadi fokus...
