
HARI TERBUKA EMPANGAN 2025 DIDIK MASYARAKAT MENGENAI KEPENTINGAN PEMELIHARAAN SUMBER AIR
SERI NEGERI 27 Oktober – Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Azhar Arshad menerima taklimat berhubung penganjuran Hari Terbuka Empangan 2025 daripada Pengarah Badan Kawal Selia Air (BKSA) Negeri Melaka, Azizul Adzran Mahmor, di pejabat beliau di Seri Negeri, di sini, hari ini.
Menurut Azhar, taklimat itu memberi tumpuan kepada persediaan dan pengisian program yang bakal diadakan buat julung kalinya di Negeri Melaka di Empangan Durian Tunggal pada 8 dan 9 November ini.
“Agensi dan jabatan Kerajaan Negeri serta persekutuan menyusun pelbagai aktiviti menarik buat orang ramai yang hadir ke lokasi program pada hari berkenaan.
“Program ini bertujuan memperkukuh kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemeliharaan sumber air dan alam sekitar,” katanya menerusi hantaran di Facebook rasminya, hari ini.
Beliau turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak BKSA atas taklimat disampaikan serta berharap penganjuran program berkenaan dapat mencapai objektifnya dan memberi manfaat kepada seluruh rakyat Negeri Melaka.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CUACA PANAS DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA JUN – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat...
AIDILFITRI: 77 ‘HOTSPOT’ SAMPAH DI MELAKA DIPANTAU
KLEBANG 25 Mac - Sebanyak 77 lokasi hotspot tong sampah berpusat di negeri ini akan diberi perhatian khusus oleh SWM...
PERTANDINGAN TIKTOK MERIAHKAN RAYA DI MASJID TANAH
AYER LIMAU 25 Mac - Pertandingan TikTok Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di Masjid Tanah memberi peluang kepada penduduk setempat...
(KEMASKINI) RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA 2026
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
