
SAMPAN ANYAMAN NIPAH BAWA TUAH
AYER LIMAU 27 Oktober – Anyaman nipah digunakan sebagai perhiasan membawa tuah buat pasangan suami isteri ini yang membawa pulang RM500 selepas diumumkan juara Pertandingan Perarakan Perahu Berhias @Telok Berembang.
Azmir Nor Kamis, 41, berkata dia bersama isteri Nurul Nazariah Jelani, 40, menggunakan sumber alam sekitar sungai berhampiran kediaman mereka terutamanya daun nipah untuk menghias perahu bagi menyertai pertandingan dianjurkan bersempena bersempena Festival Sungai Melaka di Jeti Telok Berembang, di sini, semalam.
Katanya, selain memeriahkan penganjuran berkenaan apa yang mahu ditonjolkan adalah keunikan yang ada di Sungai Linggi yang menjadi nadi kepada kehidupan manusia sekitarnya.
“Bermula Khamis hingga Sabtu saya bersama isteri kumpul sumber alam sekitar sungai, menganyam daun nipah dan menghias perahu.
“Secara tidak langsung saya dapat mempromosikan semula keunikan seni kita, sekarang tidak ramai anak muda yang mahir menganyam nipah sedangkan ia mudah, kalau mahu belajar juga boleh rujuk di media sosial,” katanya ketika kepada Melaka Hari Ini.
Bapa kepada empat cahaya mata dari Felra Ramuan China ini berkata, pesta yang dianjurkan amat membantu dalam mempromosikan produk eko pelancongan yang ada sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
TOK AJAK PUAS DAPAT BAWA ‘DUNIA’ KE MELAKA
TELOK MAS 17 Ogos - Kejayaan Melaka dipilih sebagai tuan rumah sambutan Hari Pelancongan Sedunia (WTD) 2025 disifatkan sebagai antara...
DUN KUALA LINGGI RAIKAN ATLET SUKAN MELAKA
KUA LINGGI 17 Ogos - Atlet dan pegawai pasukan mewakili Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi yang beraksi pada pentas...
OUM PILIHAN WARGA KERJA, OKU BINA KERJAYA SAMBIL BELAJAR
AYER KEROH 17 Ogos - Pembelajaran fleksibel, yuran pengajian yang kompetitif serta kemudahan pembelajaran dalam talian menjadikan Open University Malaysia...
POLIS SIASAT KES LELAKI DITUMBUK BERKAITAN TAPAK NIAGA
MELAKA 17 Ogos - Polis mengesahkan kejadian pergaduhan membabitkan seorang lelaki yang ditumbuk di bahagian kepala, dipercayai berpunca daripada perselisihan...
JAKIM DEKATI REMAJA, TANGANI ISU SOSIAL
PENGKALAN BATU 17 Ogos - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneruskan Program Jerayawara Kesedaran Isu Sosial (J-KIS) ke seluruh...
INKLUSIVITI DESA FELDA HUTAN PERCHA PUKAU DELEGASI 18 NEGARA
BANDA HILIR 17 Ogos - Pengalaman tinggal bersama masyarakat Felda Hutan Percha memberi kesan mendalam kepada 20 peserta dari 18...
