EXCO MELAKA ANGKAT SUMPAH ESOK

Masa Membaca:45 Saat

SERI NEGERI 18 November – Pelantikan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka bagi penggal baharu dijadual berlangsung esok.

Perkara itu disahkan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Dr. Ab Rauf Yusoh ketika ditemui media selepas mempengerusikan perjumpaan bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) di Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata, maklumat lanjut berhubung pelantikan barisan Exco berkenaan akan diperincikan menerusi sidang media yang dijadual diadakan esok.

Semalam, Ab Rauf mengesahkan seramai 10 Exco akan menganggotai barisan pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka bagi penggal baharu.

Barisan Exco baharu itu bakal menampilkan semua wakil komponen BN dan PN selepas gabungan itu meraih mandat besar dengan memenangi 24 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka.

Pada 15 November lalu, Ab Rauf telah mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Melaka Ke-13 bagi penggal kedua.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

205
Kongsi :
Previous post 14 HARI SETIA TEMANI SUAMI BERKEMPEN, ERNIE SIMPAN KENANGAN PALING MANIS