
Harjeet Singh dilantik KSU KKM
PUTRAJAYA, 11 April – Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan (KKM) yang baharu berkuat kuasa hari ini.
Sebelum pelantikan itu, Harjeet Singh, 59, adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KKM.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan hari ini berkata Harjeet Singh mempunyai pengalaman luas dalam bidang perancangan, pengurusan sumber manusia, dan dasar serta pernah berkhidmat sebagai Ketua Pengarah Biro Pengaduan Awam.
“Saya percaya dengan pengalaman, pengetahuan dan kredibiliti yang dimiliki, beliau mampu menerajui KKM untuk memberikan perkhidmatan dengan penuh integriti, cekap dan pantas sejajar dengan slogan Kementerian ‘Kami Sedia Membantu’,” kata Mohd Zuki.
Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains dari Universiti Ohio, Columbus, Amerika Syarikat, Harjeet Singh telah berkhidmat selama 33 tahun dalam perkhidmatan awam dengan menyertai perkhidmatan sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PEMANDU TRELER TERLIBAT KEMALANGAN MAUT DIREMAN EMPAT HARI
JOHOR BAHRU 3 April - Pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 212, Jalan Johor Bahru-Seremban berdekatan persimpangan...
TIADA KES STROK HABA DI MELAKA SETAKAT INI – EXCO
MELAKA 3 April - Tiada kes strok haba direkodkan di Melaka setakat ini meskipun cuaca panas yang melanda ketika ini,...
‘DUA BERITA GEMBIRA SERENTAK’
SUNGAI UDANG 3 April - Dilema akibat bau busuk lebih dua dekad membelenggu penduduk taman perumahan sekitar Pusat Pelupusan Sampah...
KES DENGGI DI MELAKA TURUN 63 PERATUS
TELOK MAS 3 April – Kes demam denggi dilaporkan di Melaka setakat 2 April lalu menunjukkan penurunan ketara dengan mencatatkan...
PEMBANGUNAN LOJI WTE BERPOTENSI LONJAK NILAI HARTANAH DI SUNGAI UDANG
SUNGAI UDANG 3 April - Nilai hartanah di Sungai Udang berpotensi akan melonjak dengan wujudnya Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang...
‘WELLNESS HUB’ PROMOSI GAYA HIDUP SIHAT KEPADA RAKYAT MELAKA
TELOK MAS 3 April – Kewujudan Wellness Hub Melaka Tengah mampu meningkatkan lagi tahap kesedaran dalam kalangan penduduk negeri ini...
