Sorting by

×

‘HEBAT’ SIRI KEDUA: LEBIH 20 JABATAN, AGENSI TAWARKAN PERKHIDMATAN UNTUK RAKYAT

Masa Membaca:58 Saat

BANDARAYA MELAKA 7 November – Lebih 20 jabatan dan agensi bakal membuka kaunter perkhidmatan bersempena penganjuran siri kedua program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat (HEBAT), pada 13 November ini.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, pada program itu pelbagai pengisian dan perkhidmatan terus kepada rakyat akan disediakan
selain sesi bersama Exco Kerajaan Negeri.

“Sebagai nilai tambah untuk memudahkan pengunjung, turut dibawakan adalah kaunter perkhidmatan bergerak daripada agensi kerajaan negeri dan persekutuan.

“Selain itu, Kerajaan Negeri turut menjemput lebih 20 jabatan dan agensi kerajaan untuk membuka kaunter masing-masing antaranya pihak berkuasa tempatan (PBT), Putra Specialist Hospital Melaka dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB),” katanya selepas bersiaran secara langsung dalam segmen Dak Rauf Masuk Konti di MelakaFM, di sini, hari ini.

Menurut Ketua Menteri, penduduk yang terlibat dengan inisiatif Kampung Digital juga diseru untuk hadir bagi menukar alamat secara percuma.

“Penduduk kampung yang sudah didaftarkan sila datang dengan membawa surat Kampung Digital untuk menukarkan alamat dan kad pengenalan secara percuma.

“Tawaran percuma itu sah sehingga hujung tahun ini sahaja kerana bermula tahun hadapan proses penukaran itu akan dikenakan bayaran,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

439
Kongsi :
Previous post TUN DR. MOHD ALI RASMI SEMINAR PERADABAN DMDI
Next post WRUR: TITIK MULA LEMBARAN BAHARU DURIAN TUNGGAL