
Helikopter H225M TUDM pegang rekod jam penerbangan tertinggi di Asia
KUANTAN 23 Feb – Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mencatat rekod sebagai pemegang jumlah jam penerbangan tertinggi di Asia bagi helikopter tentera Airbus H225M.
Airbus menerusi kenyataan memaklumkan pencapaian itu diraikan di Pangkalan Udara Kuantan hari ini, dengan penyampaian anugerah oleh Ketua Serantau Airbus Helicopters Asia Pasifik Vincent Dubrule kepada Panglima Tentera Udara (PTU) Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad.
Turut hadir Timbalan PTU Leftenan Jeneral Datuk Seri Mohd Asghar Khan Goriman Khan, Pengarah Urusan Airbus Helicopters Malaysia merangkap Ketua Pegawai Operasi Airbus Helicopters Asia Pasifik Gerard Pau dan Wakil Ketua Negara Airbus di Malaysia Raymond Lim.
Pada majlis itu turut diraikan ialah juruterbang TUDM yang masing-masing mencapai 2,000, 1,500, 1,000 dan 500 jam penerbangan menerusi helikopter H225M.
Untuk rekod, terdapat 12 buah H225M digunakan TUDM sejak tahun 2012 yang secara keseluruhannya telah mengumpulkan lebih daripada 20,000 jam penerbangan.
Helikopter tersebut direka bentuk bagi menangani misi paling mencabar dan telah digunakan dalam pelbagai misi latihan dan kemanusiaan termasuk operasi menyelamat semasa banjir.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
1 RUMAH 1 JALUR GEMILANG: SEMAI PERASAAN BANGGA, CINTAKAN NEGARA
AYER KEROH 13 Ogos - Sebanyak 84 Komuniti MADANI seluruh Melaka akan digerakkan bagi menjayakan kempen '1 Rumah 1 Jalur...
BANTUAN TEPAT IKUT KEPERLUAN, JADI PENGUAT SEMANGAT PENJAJA KECIL
BEMBAN 13 Ogos - Peniaga kecil, usahawan dan penjaja menzahirkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri atas sumbangan peralatan perniagaan sempena Program...
111 PENJAJA, USAHAWAN KECIL DUN BEMBAN TERIMA BANTUAN RM50,000
BEMBAN 13 Ogos - Seramai 111 penjaja dan usahawan kecil dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban menerima bantuan peralatan...
RUMAH BAHARU JADI SIMBOL HARAPAN BUAT AMRAN SEKELUARGA
GADEK 13 Ogos - Bertahun-tahun lamanya, setiap kali hujan lebat Amran Sulaiman, 59, dan isteri resah memikirkan ruang dalam kediaman...
MAIM ADA BUDI BICARA, SEDIA BANTU RAKYAT DALAM KESUSAHAN
AYER MOLEK 13 Ogos - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) mempunyai budi bicara yang tinggi dalam membantu golongan asnaf mahupun...
IKAN BAKAR TELOK MAS JADI FENOMENA
TELOK MAS 13 Ogos - Industri ikan bakar di Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas terus mencatatkan sambutan luar biasa...


