Sorting by

×

HONDA HRV TERBALIK, TOYOTA 86 RENTUNG AKIBAT KEMALANGAN

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

AYER KEROH 5 November – Sebuah kereta Toyota 86 rentung selepas terlibat kemalangan dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) Honda HRV di persimpangan lampu isyarat Kota Cemerlang, Lebuh Tun Abdul Razak, di sini, jam 5.30 pagi tadi .

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata pemandu kedua-dua kenderaan walau bagaimanapun terselamat dan dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan.

Katanya, mengikut siasatan Toyota 86 dipandu lelaki berusia 34 tahun manakala Honda HRV pula dipandu remaja lelaki 19 tahun yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Whatsapp image 2025 11 05 at 3.54.07 pm

TOYOTA 86 rentung akibat kemalangan.

“Berdasarkan siasatan pemandu Honda HRV datang dari arah Bandaraya Melaka didakwa tidak berhenti di persimpangan ketika lampu isyarat sedang merah menyebabkan berlaku pelanggaran dengan Toyota 86 ketika itu dari arah Seri Negeri menghala ke Taman Tasik Utama.

“Honda HRV terbalik dan remuk teruk pada bahagian hadapan, manakala Toyota 86 terbakar, pemandu kedua-dua kenderaan kemudian dirujuk ke hospital bagi rawatan lanjut akibat cedera ringan,” katanya.

Menurut Christopher, pihaknya sedang melakukan siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 bagi mengenal pasti punca sebenar kemalangan termasuk meneliti rakaman ‘dashcam’ (kamera papan pemuka).

“Kedua-dua kenderaan yang terlibat turut ditahan untuk dihantar ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM),” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

864
Kongsi :
Previous post WRUR: LEBIH 40 PERATUS ADUAN SEPANJANG WRUR DUN DURIAN TUNGGAL DISELESAIKAN