
HOSPITAL MELAKA CARI WARIS MENDIANG THAMILSELVAN
PENGKALAN BATU 10 Januari – Hospital Melaka memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris pesakit bernama Thamilselvan A/L Rajoo yang telah meninggal dunia di hospital berkenaan.
Unit Komunikasi Korporat Hospital Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan pesakit yang berusia 50 tahun itu sebelum ini ditempatkan di Wad A1 pada 20 Disember 2025.
Mendiang bagaimanapun telah meninggal dunia 3 Januari lalu pada jam 7.40 pagi.
“Alamat terakhir pesakit adalah di No 21 C, Kampung Baru Sungai Nipah, 71960 Chuah, Negeri Sembilan,” kata kenyataan berkenaan.
Sehubungan itu, keluarga atau orang ramai yang mengenali pesakit boleh menghubungi Unit Perhubungan Awam, Hospital Melaka di talian 06-2892072 atau Jabatan Forensik Hospital Melaka di talian 06-2892515.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
20 ‘KANTOI’ BUANG SAMPAH MERATA-RATA DI MELAKA
MERLIMAU 10 Januari - Seramai 20 individu di Melaka telah dikesan membuang sampah merata-rata dan diberikan notis pemberitahuan kesalahan oleh...
‘ACIK ZUL’ BELANJA 100 ANAK-ANAK TABOH NANING GUNTING RAMBUT PERCUMA
TABOH NANING 10 Januari - Hampir 100 anak-anak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Taboh Naning menerima manfaat daripada Program Gunting...
400 KAMPUNG DIPILIH KAMPUNG ANGKAT MADANI TAHUN INI
MELAKA, 10 Jan - Sebanyak 400 kampung di seluruh negara akan dipilih sebagai Kampung Angkat MADANI dengan peruntukan RM500,000untuk setiap...
MBMB TINGKAT PENGUATKUASAAN ‘ULAT PARKIR’ DI LOKASI TUMPUAN PELANCONG
AYER KEROH 10 Januari - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) akan meningkatkan penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan 'ulat parkir' di lokasi...
LEBIH RM600,000 PACU AGENDA PENDIDIKAN HANG TUAH JAYA
AYER KEROH 10 Januari - Lebih RM600,000 dibelanjakan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Hang Tuah Jaya bagi tujuan pembangunan pendidikan sepanjang...
MBMB BERI BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA 200 PELAJAR
AYER KEROH 10 Januari - Seramai 200 pelajar dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menerima bantuan persekolahan sebagai...
