
MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA KEBAKARAN
TANJUNG BIDARA 9 Januari – Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menunjukkan keprihatinan sebagai sebuah agensi yang menjaga kebajikan rakyat dengan menyantuni mangsa kebakaran di Kampung Pengkalan Balak, di sini.
Kebakaran yang berlaku petang semalam mengakibatkan rumah separa kekal didiami Ramli Hassan dan keluarga hangus dijilat api, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Dalam sesi ziarah itu, MAIM diwakili Pegawai Tugas Khasnya Datuk Wira Md Rawi Mahmud bersama Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Masjid Tanah telah turun padang bagi menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan bagi meringankan beban ditanggung keluarga berkenaan.
“Insya-Allah, bantuan selanjutnya akan dipertimbangkan oleh agensi-agensi berkaitan khususnya melibatkan pembaikan rumah.
“Semoga mangsa dan keluarga sabar dan tabah dengan ujian dan diberi kekuatan serta kesabaran menempuh kehidupan seharian,” kata MAIM dalam satu kenyataan.
Terdahulu sesi ziarah tersebut turut dihadiri Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka Datuk Abdul Hakim Abdul Wahid yang mewakili Ketua Menteri.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CUTI SEKOLAH RANCAKKAN PELANCONGAN MELAKA
BANDA HILIR 30 Mei - Melaka terus menjadi destinasi pilihan sempena cuti sekolah apabila beberapa produk pelancongan Melaka dibanjiri pengunjung...
AIDILADHA: NIKMAT MELAKA SAYANG RAKYAT DIRASAI WARGA SERI NEGERI
SERI NEGERI 30 Mei - Dasar Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) terus dizahirkan pentadbiran Kerajaan Negeri sempena Aidiladha tahun ini. Ia...
POPULARITI WARUNG CHE MAD TEBONG
MACHAP JAYA 30 Mei - Jika dulu roti canai dijual hanya mampu terjual dua kilogram sehari kini angka itu mampu...
PENIPUAN ‘SCAMMER’ TERUS BEREVOLUSI, RAKYAT MELAKA RUGI HAMPIR RM30 JUTA DALAM 5 BULAN
PENGKALAN BATU 30 Mei - Sejumlah hampir RM30 juta nilai kerugian telah direkodkan di Melaka sepanjang tempoh Januari hingga Mei...
MELAKA SINARI AIDILADHA MASYARAKAT ORANG ASLI
MACHAP JAYA 30 Mei - Masyarakat Orang Asli di negeri ini tidak dipinggirkan bersempena sambutan Aidiladha apabila diadakan program ibadah...
MELAKA PELOPOR PENDIDIKAN DIGITAL SEAWAL USIA MUDA
PENGKALAN BATU 30 Mei - Melaka terus menzahirkan komitmen kepada pelaburan dalam bidang pendidikan menerusi pengenalan program pendidikan digital yang...
