
Hospital Melaka penuh: Tiada pengecualian, pesakit COVID-19 akan terus dihantar ke MAEPS – KM
LENDU 10 Jan. – Tiada pengecualian terhadap mana-mana individu jangkitan COVID-19 dan mereka tetap dihantar ke MAEPS, Serdang buat masa ini rentetan jumlah individu yang menerima rawatan di Hospital Melaka (HM) sudah penuh.
Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Haji Sulaiman Md Ali berkata, keputusan lanjut akan diumumkan Perdana Menteri (PM) Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.
“Bagi Pusat Kecemerlangan Kejuruteraan dan Teknologi JKR, (CREaTe) Alor Gajah dan Pusat Latihan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Tiang Dua, kedua-duanya tidak lagi dijadikan pusat kuarantin buat masa ini kerana ia mempunyai penghuni yang menuntut di kawasan terbabit.
“Apa pun kita tunggu pengumuman PM dan Majlis Keselamatan Negara berkaitan apa tindakan selanjutnya yang perlu kita ambil rentetan isu kemasukan HM yang sudah penuh,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Bantuan Baucar Buku Sekolah Tahun 2021 diadakan di Masjid Al Sultan Abdullah di sini pagi tadi.
Berita lanjut menyusul.
Views:
Related


Berita Lain
MANFAATKAN TEKNOLOGI AI DEMI KEMAJUAN ISLAM
KAHERAH 18 Februari - Kepakaran ilmuan Al-Azhar khusus dalam bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) dilihat mampu memberikan manfaat besar kepada...
2,000 ORANG DIJANGKA MERIAHKAN MAJLIS BERBUKA PUASA, KACAU DODOL
BANDA HILIR 18 Februari - Kira-kira 2,000 orang termasuk pengunjung dan pelancong dijangka membanjiri perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan sempena majlis...
TOK RAOP SANTUNI ANAK MELAKA DI MESIR
KAHERAH 18 Februari - Ketua Menteri meluangkan masa menyantuni mahasiswa kelahiran Negeri Melaka yang kini sedang menuntut di institusi pengajian...
DILEMA BANJIR HAMPIR TEMUI TITIK NOKTAH
PAYA RUMPUT 18 Februari - Masalah banjir yang sebelum ini sering membelenggu beberapa kawasan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya...
MELAKA PERKUKUH KERJASAMA PENDIDIKAN, DAKWAH DENGAN AL-AZHAR
KAHERAH 18 Februari - Melaka mahu memperkukuhkan lagi hubungan dan kerjasama strategik dengan Universiti Al-Azhar yang dianggap sebagai tunjang penting...
MAIM BANTU BINA TIGA RUMAH ASNAF TAHUN INI
PENGKALAN BATU 18 Februari - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) memperuntukkan sebanyak RM240,000 untuk bantuan bina rumah asnaf tahun ini....
