
Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah
AYER KEROH 18 Julai – Hospital Melaka akan menjalankan siasatan bagi menyiasat dakwaan seorang lelaki berhubung kejadian tangan bayi mengalami bengkak dan bernanah ketika mendapatkan rawatan demam campak di hospital berkenaan.
Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri, Ngwe Hee Sem berkata beliau maklum dakwaan lelaki terbabit menerusi laman Facebook dan mengarahkan siasatan lanjut dilakukan.
“Saya telah mengarahkan Pengarah Hospital Melaka menjalankan siasatan tentang perkara ini,” katanya ketika dihubungi.
Individu yang menggunakan nama Mohamad Izwan memuat naik hantaran di media sosial yang mendakwa tangan anak saudaranya berusia dua bulan membengkak selepas 11 hari mendapatkan rawatan kerana demam campak.
Dia mendakwa tangan bayi berkenaan membengkak dan bernanah selepas dicucuk jarum akibat rawatan itu.
Menurutnya doktor menyarankan supaya pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan nanah di tangan yang membengkak itu dan turut mendakwa ia berlaku akibat kecuaian hospital.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA RAI LEGASI 04 RXZ X 125 ZR
AYER KEROH 12 Disember - Ribuan peminat motosikal Yamaha RXZ dan 125 ZR yang juga anak jati Melaka diraikan bersempena...
INISIATIF DIGITAL MELAKA BERPOTENSI DIKETENGAHKAN DI PERINGKAT GLOBAL
AYER KEROH 12 Disember - Usaha pendigitalan yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat antarabangsa, sekali gus...
RM310 JUTA UNTUK BANDAR PINTAR MELAKA, FASA PERTAMA BERMULA TAHUN DEPAN
AYER KEROH 12 Disember - Pelaksanaan inisiatif bandar pintar di Melaka yang melibatkan peruntukan sebanyak RM310 juta daripada Suruhanjaya Komunikasi...
MELAKA KE ARAH NEGERI PINTAR, INFRASTRUKTUR DIGITAL BERSKALA BESAR BAKAL DIBANGUNKAN
AYER KEROH 12 Disember - Melaka dipilih sebagai rakan strategik pelaksanaan pembangunan infrastruktur digital berskala besar, seterusnya bakal merealisasikan visi...
KEMPEN INTERNET SELAMAT 2.0 FOKUS DIDIK IBU BAPA KESELAMATAN DIGITAL
AYER KEROH 12 Disember - Kerajaan komited meneruskan Kempen Keselamatan Internet (KIS) 2.0 pada tahun hadapan dengan memfokuskan pendidikan literasi...
260 KRT MELAKA BEREVOLUSI, JADI NADI PENGGERAK PERPADUAN
AYER KEROH 12 Disember - Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang diwujudkan di negeri ini telah jauh berubah menjadi sebuah komuniti...
