
Hujan lebat tahap buruk di Pahang, Johor sehingga 12 tengah malam
KUALA LUMPUR, 14 Dis – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka berlaku di Pahang dan Johor sehingga pukul 12 tengah malam ini.
MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan hujan lebat itu akan berlaku di Pekan dan Rompin, Pahang serta Mersing, Johor.
“Amaran hujan berterusan (buruk) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan lebat berterusan dijangka berlaku dengan jumlah hujan melebihi 60 milimeter (mm) dalam tempoh enam jam,” menurut kenyataan itu.
MetMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap (waspada) dijangka berlaku di Pahang melibatkan Kuantan dan Bera, manakala di Johor meliputi Segamat, Kluang dan Kota Tinggi sehingga pukul 12 tengah malam ini.
Hujan berterusan turut akan berlaku di Kelantan, Terengganu, Pahang (Jerantut, Maran dan Rompin) serta Johor (Kluang, Mersing , Kulai, Kota Tinggi) dalam tempoh 17 Dis (Sabtu) hingga 20 Dis ini.
“Amaran hujan berterusan tahap (waspada) dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda yang menunjukkan hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku enam jam dalam tempoh tersebut di suatu kawasan,” menurut kenyataan itu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PRN MELAKA: BN UMUM CALON 28 OKTOBER, KEKAL SASAR 21 KERUSI
SUNGAI UDANG 17 Oktober – Barisan Nasional (BN) Melaka akan mengumumkan senarai calon yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri...
TANGGA BATU PARLIMEN PERTAMA LANCAR JENTERA BN HADAPI PRN MELAKA
SUNGAI UDANG 17 Oktober – Tangga Batu menjadi kawasan Parlimen pertama di Melaka melancarkan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN)...
‘BATU TENGGEK’, PERMATA SENJA DI TANJUNG BIDARA
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Keindahan panorama senja di Batu Tenggek, Kampung Pasir Gembur, di sini, semakin menjadikan kawasan itu...
NILAI EKSPORT CECAH RM18.33 BILION, TIGA STRATEGI PACU INDUSTRI KOKO NEGARA
BANDA HILIR 17 Oktober - Nilai eksport biji koko dan produk berasaskan koko Malaysia meningkat kepada RM18.33 bilion pada 2025...
TOK RAUF SEBAK KONGSI PERJALANAN GENGGAM PHD PADA USIA 65 TAHUN
TANJUNG BIDARA 17 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh tidak dapat menahan sebak ketika berkongsi perjalanannya...
GERAN RM5,000 BANTU 45 USAHAWAN MUALAF MELAKA KEMBANG PERNIAGAAN
BANDARAYA MELAKA 17 Oktober - Seramai 45 usahawan mualaf di Melaka menerima geran khas RM5,000 setiap seorang menerusi Program Keusahawanan...
