Sorting by

×

HUJAN RAHMAT BERKATI MELAKA BERSELAWAT

Masa Membaca:1 Minit, 28 Saat

AYER KEROH 27 Disember – Cuaca tidak menentu sejak petang tadi sama sekali tidak menghalang ribuan umat Islam untuk berhimpun pada Majlis Melaka Berselawat Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 di Dataran Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), di sini, malam tadi.

Majlis ilmu itu diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam dan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Yang turut hadir, Tunku Besar Tampin, Yang Teramat Mulia Tunku Syed Razman Ibni Almarhum Tunku Syed Idrus Al Qadri; Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Rais Yasin; Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman; barisan Exco dan Timbalan Exco Kerajaan Negeri; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) Shaifulfazlee Mohamad; Datuk Bandar MBMB Datuk Shadan Othman serta kenamaan lain.

Terdahulu, umat Islam pelbagai latar belakang mula membanjiri perkarangan dataran seawal jam 7 petang.

Img 20251227 232324 801
SUASANA umat Islam yang hadir pada Majlis Melaka Berselawat Sempena Ambang Tahun Baharu 2026 di Dataran MBMB. Foto Iqmal Haqim Rosman

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan disusuli bacaan Yasin dan tahlil yang dipimpin Ketua Penolong Pengarah Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Datuk Mohd Nordin Samah.

Seterusnya, umat Islam menunaikan solat Isyak berjemaah dan diikuti selawat pembukaan.

Majlis diteruskan dengan Melaka Berselawat yang dipimpin kumpulan Ahbabus Sham dan Hadra Melaka diiringi kenamaan dan hadirin yang hadir.

Selepas itu, giliran pendakwah terkenal Habib Ali Zainal Abidin Al Hamid mengambil tempat dengan menyampaikan tausiah khas bertajuk Hikmah Peristiwa Israk Mi’raj Dalam Bulan Rejab.

Program kerohanian itu diakhiri dengan Mahallul Qiyam dan bacaan doa.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

347
Kongsi :
Previous post POTENSI KUALA LINGGI SEBAGAI DESTINASI PELANCONGAN MESRA KELUARGA, KOMUNITI
Next post MELAKA MELANGKAH KE 2026 DENGAN DOA, SELAWAT