Sorting by

×

Ikrar Rukun Negara dilafaz dalam setiap majlis kerajaan negeri – KM

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

AYER KEROH 31 Ogos – Kerajaan negeri menegaskan mana-mana penganjuran majlis di negeri ini perlu disertai dengan bacaan ikrar Rukun Negara sebagai tanda menghormati prinsip itu.

Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali berkata langkah itu bagi memastikan rakyat di negara ini khususnya Negeri Melaka memiliki sifat dan jati diri yang teguh tidak mengira bangsa.

“Alhamdulillh saya melihat pelbagai kaum hadir pada sambutan Hari Kebangsaan Peringkat Negeri Melaka hari ini, inilah konsep merdeka teguh bersama.

“Kalau kita perhatikan sebelum ini apa-apa majlis atau program dilaksakana kerajaan negeri kita akan membaca ikrar Rukun Negara.

“Ia perlu dilakukan kerana pada saya sebagai rakyat Malaysia yang hidup bernilang kaum selama 65 tahun merdeka, kita mesti amanahkan dan faham apa itu kemerdekaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan melihat bayi merdeka di Hospital Melaka, di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Seri Utama Munirah M.Yusop dan Exco Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Dr Muhamad Akmal Saleh.

Terdahulu Sulaiman menghadiri sambutan Hari Kebangsaan ke-65 bersama isteri.

Turut hadir pada sambutan itu Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Mohd Ali Rustam bersama isteri Toh Puan Asmah Abd Rahmad dan lain-lain kenamaan.

Ujarnya, jika rakyat mampu menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara, sudah tentu perpaduan rakyat di dalam negara ini akan kekal sampai bila-bila.

“Pelbagai elemen yang ada dalam prinsip Rukun Negara yang menjadikan rakyat di negara ini terus kekal teguh bersama.

“Semangat patriotisme dan perpaduan inilah yang perlu kita kekalkan tidak mengira bangsa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

2015
Kongsi :
Previous post Tun Dr Mahathir positif COVID-19
Next post Anak merdeka pelapis masa hadapan – KM
Ubah saiz-+=