
‘Itu bukan suara saya’ -Idris
SUNGAI UDANG 12 Okt – “Itu bukan suara saya kerana saya tak hubungi orang itu dan dia pun tak hubungi saya,” kata bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Udang, Datuk Seri Utama Idris Haron.
Beliau menafikan rakaman perbualan telefon dengan seorang pemimpin peringkat tinggi adalah suaranya.
Idris menegaskan, beliau tidak pernah menghubungi pemimpin terbabit atau sebaliknya dan sama sekali tidak pernah tahu-menahu mengenai rakaman perbualan itu.
“Saya menafikan sekeras-kerasnya kononnya suara dalam rakaman itu adalah suara saya kerana saya tidak pernah menghubungi orang itu atau orang itu pun tidak menghubungi saya.
“Macam mana boleh timbul rakaman itu, saya pun tidak tahu tetapi yang pasti ialah bukan saya orang yang ada dalam perbualan itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Bagaimanapun, beliau mengakui sudah mendengar rakaman perbualan berdurasi 7.04 minit itu melalui media sosial.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA TERBUKTI MESRA, SAYANG RAKYAT
REMBIA 9 Februari - Inisiatif pemberian sumbangan setiap kali tiba musim perayaan membuktikan Kerajaan Melaka amat sayang dan cakna terhadap...
MPHTJ KONGSI REZEKI SEMPENA TAHUN BAHARU CINA
AYER KEROH 9 Februari – Sambutan Tahun Baharu Cina bukan bukan sekadar perayaan, sebalik apa yang tersirat adalah ia menjadi...
TERUJA DAPAT ‘BONDING’ DENGAN GAJAH ZOO MELAKA
AYER KEROH 8 Februari - Pengalaman mendekati gajah dari dekat menjadi detik bermakna buat peserta Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR)...
PARAS 3 EMPANGAN MELAKA MASIH STABIL, BELUM ADA KEPERLUAN CATU AIR
DURIAN TUNGGAL 9 Februari - Kerajaan Negeri beri jaminan bahawa bekalan air di seluruh negeri ini berada di tahap selamat...
KONGSI BERSAMA RAKYAT SELAGI ADA REZEKI – TOK RAOP
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Jumlah bantuan kepada rakyat Negeri Melaka bagi tahun ini dinaikkan kepada RM168.8 juta berbanding RM164...
BIARLAH SUMBANGAN INI MEMBAWA SENYUMAN – AB RAUF
TANJUNG BIDARA 9 Februari - Selepas hampir dua dekad Kerajaan Negeri masih meneruskan inisiatif sumbangan perayaan, sekali gus membuktikan nilai...
