
Jabatan Penerangan jelajah 103 masjid seluruh Melaka
AYER KEROH 24 Dis. – Jabatan Penerangan Negeri (JaPen) Melaka menjadikan pihak pengurusan masjid sebagai ‘frontliner’ dan agen utama membantu kerajaan memutuskan rantaian pandemik COVID-19.
Usaha itu dilaksanakan dengan menjelajahi 103 masjid di negeri ini selepas Kempen Pembudayaan Norma baharu bersama agensi di bawah Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) dan Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dilancarkan 3 Disember lalu.
Pengarah JaPen Melaka, Mohd Rizal Hashim berkata, program ini membantu pengurusan masjid memberi maklumat kepada jemaah masjid supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

“Secara umum pihak pengurusan masjid telah menyediakan keperluan seperti menyediakan pengimbas suhu, kod My Sejahtera dan cecair pembasmi kuman.
“Namun kejayaan memerangi COVID-19 dalam fasa pemulihan bergantung kepada kesedaran, sikap dan amalan kita semua,” katanya pada program tersebut, baru-baru ini.
Program jelajah itu disempurnakan Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Md Rawi Mahmud.
JaPen turut mengedarkan 300 bunting serta 15,000 poster di kawasan tumpuan termasuk masjid dan institusi-institusi agama di seluruh Melaka.
Views:
Related


Berita Lain
FELDA HUTAN PERCHA JADI ‘KELAS DESA’ DELEGASI AFRIKA-ASIA
MACHAP JAYA 11 Ogos - Felda Hutan Percha menjadi ‘kelas desa’ kepada 22 peserta dari 18 negara anggota African-Asian Rural...
TIGA KELUARGA DI DUN GADEK TERIMA KEDIAMAN BAHARU
GADEK 11 Ogos - Tiga keluarga di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menerima kediaman baharu menerusi bantuan Program Melaka Rumahku...
KES ADIK EAN BUKTI MAIM ADA SAAT DIPERLUKAN
AYER MOLEK 11 Ogos - Ketika keluarga Muhammad Ean Mohd Faris, 3, buntu memikirkan kos pembedahan jantung anak mereka, Majlis...
GELAK TAWA EAN SEMBUNYI DERITA JANTUNG TERBALIK
AYER MOLEK 11 Ogos - Sekali pandang, Muhammad Ean Maleeq Mohd Faris, 3, sama seperti kanak-kanak lain yang lincah dan...
1,000 TAMAN REKREASI MADANI DIBINA MENJELANG 2035
PAYA RUMPUT 11 Ogos - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) menyasarkan sekurang-kurangnya 1,000 Taman Rekreasi MADANI dibina di seluruh...
POPULARITI MELONJAK, MENARA TAMING SARI DIIKTIRAF TERBAIK DALAM MALAYSIA
AYER KEROH 11 Ogos - Populariti Menara Taming Sari terus mendapat pengiktirafan apabila mercu tanda ikonik pelancongan Melaka itu dinobatkan...
