
Jalan pesisir Pantai Seberang Takir sehingga Jambatan Angkat ditutup mulai Ahad ini
KUALA TERENGGANU, 10 Feb – Laluan kedua-dua hala di jalan pesisir Pantai Seberang Takir di Kuala Nerus sehingga ke Jambatan Angkat di sini akan ditutup dari Ahad hingga Selasa ini (13 hingga 15 Feb).
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Abdul Rahim Md Din berkata penutupan jalan itu berikutan satu aktiviti yang dijalankan oleh Angkatan Tentera Malaysia di kawasan muara utara Jambatan Angkat dan bagi mengelakkan berlakunya kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
Katanya pada Ahad dan Isnin (13 dan 14 Feb) penutupan jalan akan dilakukan pada pukul 8 pagi hingga 12 tengah hari berikutan acara raptai majlis manakala pada Selasa (15 Feb) jalan akan ditutup pada 7.30 pagi hingga 12 tengah hari semasa majlis berlangsung.
“Semua pengguna jalan raya yang datang dari arah Kuala Nerus ke pusat bandar Kuala Terengganu dan sebaliknya dinasihatkan agar menggunakan jalan Jambatan Sultan Mahmud Kuala Terengganu dalam tempoh penutupan jalan tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sehubungan itu katanya pengguna jalan raya dinasihatkan agar merancang perjalanan supaya tidak menghadapi sebarang kesulitan dan mematuhi segala arahan yang akan diberikan oleh anggota polis yang bertugas.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘SEMARAK REMBIA’ LETAKKAN RAKYAT NOMBOR SATU
REMBIA 19 Ogos - Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia memperkenalkan 'Semarak Rembia' sebagai slogan untuk lebih dekat dengan rakyat. Penyelaras...
JAGUNG ‘ONLINE’ JELATANG
REMBIA 19 Ogos - Mahu menjana pendapatan sampingan sambil bersedekah mendorong Noraidi Nordin, 64, mengusahakan tanaman jagung manis secara kecil-kecilan...
MPJ BANGUNKAN HAB PEMANTAUAN PINTAR BERASASKAN AI DAN 5G
JASIN 19 Ogos - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melakar sejarah apabila menjadi satu-satunya Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berstatus Perbandaran di...
JPKK JADI ‘BAPA ANGKAT’, TINGKAT TAHAP KESELAMATAN ASET SYARIKAT UTILITI
AYER KEROH 19 Ogos - Semua penyedia perkhidmatan utiliti dan telekomunikasi di Melaka dicadangkan supaya menjadikan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan...
POLIS TAHAN TIGA LELAKI, RAMPAS DADAH BERNILAI RM4.16 JUTA
MELAKA 19 Ogos - Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggar bernilai...
BULI : TIADA KOMPROMI, AMBIL TINDAKAN JIKA TERLIBAT
AYER KEROH 19 Ogos – Kerajaan Negeri menegaskan tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk salah laku pelajar khususnya melibatkan kes...
