Jalan pintas baharu beri pulangan ekonomi kepada masyarakat – KM

Masa Membaca:1 Minit, 33 Saat

AYER LIMAU 11 Julai – Pembinaan sebuah lagi jalan pintas baharu dari Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram diharap dapat membawa pulangan ekonomi kepada masyarakat setempat.

Ketua Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata, jalan pintas sejauh 2.8 kilometer (km) itu memberi manfaat besar kepada pengguna jalan raya, khususnya mengelak kesesakan di Pekan Masjid Tanah.

“Projek ini bermula Februari 2022 dan sepatutnya siap pada Februari 2025, tetapi disebabkan kontraktor ini mempunyai kepakaran lebih baik, jadi jalan ini akan siap enam bulan lebih awal iaitu pada hujung tahun 2024.

“Jadi kesesakan trafik menuju ke Pekan Masjid Tanah untuk mereka yang berulang alik dari Port Dickson dan Pekan Kuala Sungai Baru untuk ke Alor Gajah dapat dijimatkan sehingga 15 minit.

“Dengan terbentuknya jalan baharu ini maka, projek-projek perumahan sepanjang jalan ini akan mula diraih oleh pemaju-pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke tapak Projek Membina Jalan Baharu Dari Solok Ayer Limau ke Kampung Jeram Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi; Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wira Zaidi Johari; Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer dan lain-lain kenamaan.

Jelas Ab Rauf, kos keseluruhan bagi pembinaan jalan itu adalah bernilai RM36 juta termasuk kos pengambilan tanah sebanyak RM15 juta.

“Menariknya, bagi pembinaan jalan baharu ini ia tidak melibatkan pengambilan tanah di kawasan penempatan perumahan penduduk.

“Jadi ia projek yang telah diolah supaya tidak melibatkan kawasan perumahan atau kampung, ia melibatkan kawasan tanaman getah dan kelapa sawit sahaja,” katanya.

Tambah Ab Rauf, Kerajaan Negeri juga bakal menerima dua lagi projek jalan pintas baharu iaitu di Hulu Jasin ke Rim dan dari Serkam ke Bemban.

“Saya percaya akan ada lebih banyak lagi projek-projek jalan baharu yang bakal dibangunkan selepas ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1587
Kongsi :
Previous post Kerajaan jamin tiada kenaikan harga secara melampau – Salahuddin
Next post JKR terima manfaat teknologi baharu turapan jalan
Ubah saiz-+=