
Jamali Shadat meninggal dunia
KUALA LUMPUR 3 Feb. – Pelawak veteran popular, Datuk Jamali Shadat meninggal dunia, 8.30 pagi, hari ini.
Memetik laporan Harian Metro, berita sedih pemergian Allahyarham pada usia 78 tahun dimaklumkan oleh cucunya, Isyraq Ariff Zalull Ariff, 31.
Menurut Isyraq Ariff pemergian datuknya disedari pakciknya pagi tadi sebelum disahkan oleh doktor.
Katanya, urusan proses pengebumian belum akan dimaklumkan kemudian.
Memetik laporan Berita Harian, Jamali sebelum ini dilaporkan uzur apabila tidak mampu berjalan dan kurang selera makan yang mana ia dikaitkan dengan kehilangan isterinya, Lela Yacob akibat serangan angin ahmar pada Jun 2018.
Jamali yang dilahirkan di Bukit Kapar, Klang, Selangor, mempunyai lapan anak dan 39 cucu.
Pada zaman kegemilangannya pada 1980-an, pelawak legenda ini cukup dikenali dengan kebolehan melakonkan watak kanak-kanak bernama ‘Atan’ bersama Atuknya serta rakan berbilang kaum.
Views:
Related


Berita Lain
MELAKA ANJUR 17 JUALAN MADANI KOPERASI TAHUN INI
AYER KEROH 24 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Negeri Melaka akan menganjurkan 17 siri program Jualan MADANI Koperasi (JMK)...
PURATA SUHU MELAKA CECAH 35 DARJAH CELCIUS, RAKYAT DINASIHAT HAD AKTIVITI LUAR
AYER KEROH 24 Mac – Purata suhu mencecah 35 darjah Celsius di Melaka disifatkan sebagai membimbangkan dan berada pada tahap...
MELAKA SIASAT HANTARAN TULAR PROMOSI LGBT SEMPENA AIDILFITRI
MELAKA, 24 Mac - Kerajaan negeri akan menjalankan siasatan segera berhubung satu hantaran tular di media sosial yang didakwa mempromosikan...
MANTAN MUFTI MELAKA MENINGGAL DUNIA
MELAKA, 24 Mac - Mantan Mufti Melaka, Datuk Rashid Redza Md Salleh meninggal dunia pada usia 76 tahun di kediamannya...
3 HARI TIDAK KELUAR, LELAKI DITEMUI MENINGGAL DUNIA DALAM RUMAH
PAYA RUMPUT 24 Mac - Tiga hari kelibatnya tidak dilihat jiran membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki di sebuah rumah...
MESRA: MELAKA PERUNTUK RM150 JUTA SETAHUN BANTU ASNAF
AYER MOLEK 24 Mac - Sejumlah RM150 juta diperuntukkan Kerajaan Negeri dalam membantu golongan asnaf setiap tahun, kata Exco Pendidikan,...
