
JB dilanda banjir kilat, satu PPS dibuka
JOHOR BAHRU, 12 Okt – Hujan lebat lebih dua jam pada 7 malam tadi menyebabkan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johor melibatkan daerah Johor Bahru.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, seramai 17 mangsa daripada tiga keluarga dipindahkah ke PPS selepas rumah mereka dinaiki air.
“Kesemua mangsa dari Kampung Paya Kenangan di sini ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Bukit Mutiara yang dibuka pada 10.30 malam tadi,” menurut kenyataan itu.
Menurut JPBD, paras air Sungai Skudai, Kampung Pasir di sini menunjukkan bacaan 0.3 m iaitu paras waspada selain cuaca di Mersing dan Kota Tinggi dilaporkan hujan, manakala lapan daerah lain mendung hari ini.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
DARI HUTAN RUMBIA JADI DENAI RIADAH
AYER LIMAU 12 Oktober - Kawasan yang dahulunya dipenuhi hutan rumbia kini berubah wajah menjadi lokasi riadah dan rekreasi selepas...
MAIM BINA GENERASI KEDUA ASNAF MAMPU UBAH MASA DEPAN
BUKIT KATIL 11 Oktober - Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyasar untuk melahirkan generasi kedua asnaf yang bukan sahaja berjaya...
SUNGAI UDANG: RAIS BERI BAYANGAN ‘SUDAH TERANG LAGI BERSULUH’
SUNGAI UDANG 11 Oktober - 'Sudah terang lagi bersuluh' menjadi bayangan dan isyarat daripada Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu Datuk...
EKONOMI BIRU MASA DEPAN MELAKA
TANJUNG BIDARA 11 Oktober - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh menegaskan bahawa pertumbuhan Ekonomi Biru atau 'Blue...
JEREBU: KURANGKAN AKTIVITI LUAR, ELAK UDARA TERCEMAR
SUNGAI UDANG 11 Oktober - Rakyat Melaka dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar susulan keadaan jerebu yang masih berada pada tahap tidak...
SEKOLAH DI MELAKA BEROPERASI SEPERTI BIASA ESOK
AYER KEROH 11 Oktober - Semua institusi pendidikan di Melaka akan beroperasi semula seperti biasa esok (Isnin, 12 Oktober), susulan...
