Sorting by

×

JEJAK HANG TUAH, BUKA MINDA GURU MENGENAI SEJARAH, ASAL USUL PAHLAWAN MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER KEROH 3 Jun – Seramai 40 pengetua dan guru besar dari negeri ini dibawa untuk menziarahi Makam Hang Tuah di Pulau Bintan, Indonesia, sekali gus memberikan pengalaman baharu selain pemahaman sebenar berhubung sejarah pahlawan itu.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, sepanjang lawatan berakhir pada 11 Mei lalu, peserta rombongan turut diberikan penerangan berhubung asal usul Hang Tuah.

Katanya, hasil lawatan itu peserta diharap dapat berkongsi fakta sejarah yang betul berkaitan putera kepada pasangan Dang Merdu Wati dan Hang@Tun Mahmud kepada murid dan pelajar masing-masing.

“Kami dibawa dari Kota Tanjung Pinang hingga ke pinggir Sungai Duyung iaitu lokasi terletaknya makam Hang Tuah, selain melihat sendiri kewujudan makam itu kami turut mendengar taklimat.

“Makam ini sudah diwartakan oleh pemerintah Indonesia sebagai Cagar Budaya Makam Tua (Hang Tuah) dan pada lawatan ini turut bersama kami adalah waris Hang Tuah,” katanya.

Menurut Rahmad, selain mahu menyelusuri Makam Hang Tuah, lawatan itu juga bertujuan menjalinkan kerjasama pendidikan antara Melaka dan Kepulauan Riau menerusi lawatan ke sekolah di sana.

“Selain itu kami turut di bawa ke Makam Hang Nadim iaitu menantu kepada Hang Tuah. Kerajaan Negeri begitu komited dalam memperbetulkan fakta dan sejarah tentang Hang Tuah, jadi lawatan ini juga merupakan antara inisiatif dilaksanakan. Selepas ini akan ada satu lagi lawatan yang melibatkan guru-buru daripada persatuan sejarah,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1042
Kongsi :
Previous post PERKUKUH MELAKA SEBAGAI DESTINASI INDUSTRI PELANCONGAN MARITIM SERANTAU
Next post 15 KLINIK KESIHATAN SEDIA VAKSIN INFLUENZA PERCUMA UNTUK WARGA EMAS