
MELAKA LANCAR PROGRAM TUNAS ZAID IBN THABIT, LAHIR GENERASI CELIK AL-QURAN
PENGKALAN BATU 16 Disember – Kerajaan Negeri menerusi Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) melancarkan Program Tunas Zaid Ibn Thabit bagi melahirkan generasi celik al-Quran di peringkat akar umbi.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri, Datuk Rahmad Mariman berkata, program itu bertujuan memupuk kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan murid tadika.
“Ini merupakan satu program untuk Iqra’ dan bacaan Al-Quran yang hanya terdapat di tadika JAIM sahaja.
“Kita sudah cuba laksanakan program ini di 40 tadika dan kesemuanya memberi kesan yang baik serta memberangsangkan.
“Dalam tempoh satu tahun sahaja, murid-murid ini sudah mampu membaca al-Quran dengan mudah,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Apresiasi Tadika JAIM Kali Ke-28 bagi sesi persekolahan 2025/2026 di Auditorium Masjid Al-Azim, Bukit Palah, di sini, hari ini.
Menurut Rahmad, pihak JAIM turut bercadang untuk memperluaskan program berkenaan pada tahun hadapan kepada semua tadika di seluruh Melaka bagi memastikan lebih ramai murid mendapat manfaat.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
LEBIH 30,000 HADIR IJTIMAK TABLIGH ZON SELATAN
AYER KEROH 19 Oktober - Lebih 30,000 jemaah membanjiri Masjid Al-Azim bersempena Ijtimak Tabligh Zon Selatan yang berlangsung pada hujung...
300 PETUGAS PILIHAN RAYA DUN N10 ASAHAN TERIMA TAKLIMAT PERSEDIAAN AWAL PRN
AYER KEROH 19 Ogos - Lebih 300 petugas pilihan raya bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) N10 Asahan telah menghadiri taklimat...
