ZOO MELAKA BELANJA ‘SI CILIK’ MASUK PERCUMA

Masa Membaca:1 Minit, 2 Saat

AYER KEROH 18 November – Seramai 100 kanak-kanak berpeluang menikmati kemasukan percuma ke Zoo Melaka menerusi promosi khas sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia pada 21 dan 22 November ini.

Promosi selama dua hari itu dibuka khusus kepada kanak-kanak berumur 4 hingga 12 tahun dengan kuota terhad kepada 50 kanak-kanak bagi setiap hari.

Zoo Melaka dalam satu kenyataan memaklumkan, tawaran berkenaan merupakan antara usaha memeriahkan sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, selain memberi peluang kepada golongan cilik menikmati pengalaman mengunjungi zoo dan mengenali pelbagai spesies haiwan.

Menurut kenyataan itu, setiap keluarga hanya layak menebus satu tiket percuma bagi seorang kanak-kanak, manakala pengesahan umur perlu dibuat dengan mengemukakan dokumen fizikal kad pengenalan MyKad, MyKid atau sijil kelahiran kanak-kanak berkenaan.

Penebusan tiket pula hanya boleh dilakukan di kaunter tiket Zoo Melaka dan tertakluk kepada kuota yang ditetapkan bagi setiap hari.

Dalam pada itu, Zoo Melaka turut menjelaskan kemasukan percuma bagi kanak-kanak berumur tiga tahun ke bawah, iaitu yang lahir antara 2023 hingga 2026, masih tertakluk kepada polisi sedia ada zoo berkenaan.

Orang ramai yang berhasrat membawa anak-anak menyertai promosi itu disaran mengambil peluang berkenaan dengan membuat perancangan awal bagi mengelakkan terlepas tawaran tiket percuma.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

168
Kongsi :
Previous post RAKYAT YAKIN AB RAUF MAMPU BAWA MELAKA LEBIH JAUH