
Jenazah Dahlia Ahmad selamat dikebumikan
KUALA LINGGI 10 Jun – Jenazah guru Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram, Dahlia Ahmad, 52, selamat dikebumikan pada jam 10.50 pagi, hari ini.
Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Tuang, dengan dihadiri kira-kira 200 ahli keluarga, kenalan serta rakan sekerja.
Adik ipar kepada arwah Zul Fahmee Mahat, 45, mengetuai bacaan talkin.
Terdahulu, jenazah disembahyangkan di Masjid Masjid Aminin, Kampung Sungai Tuang sebelum dibawa ke tanah perkuburan.
Dalam kemalangan di Jalan Kuantan-Segamat, awal pagi semalam, Dahlia dilaporkan cedera dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan, Pahang disahkan meninggal dunia pada jam 9.30 malam tadi.
Bas yang dinaiki mangsa bersama 38 penumpang termasuk dua pemandu dilaporkan terbalik di cerun jalan selepas hilang kawalan dan melanggar sebuah treler yang membawa muatan gelung besi.
Ketika kejadian bas berkenaan dikatakan dalam perjalanan membawa rombongan guru SK Jeram, Masjid Tanah, Melaka bersama anak mereka ke Terengganu untuk menghadiri program penanda aras.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MPV DIHEMPAP POKOK TUMBANG: ENAM TERMASUK KANAK-KANAK TERSELAMAT
JASIN 20 Ogos - Enam individu termasuk dua kanak-kanak terselamat apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka dihempap pokok tumbang...
LAMPU SOLAR TERANGI LOKASI GELAP DUN KUALA LINGGI
KUALA LINGGI 20 Ogos - Pemasangan lampu solar di lokasi gelap dan laluan berisiko berlaku kemalangan antara usaha berterusan dilaksanakan...
MAIM GALAK UMAT ISLAM PERKASA INSTRUMEN SAHAM WAKAF
PENGKALAN BATU 19 Ogos - Umat Islam digalakkan untuk menyumbang kepada saham wakaf Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) bagi pembinaan...
MPAG ‘SEGARKAN’ TAMAN REKREASI BUKIT BERINGIN
ALOR GAJAH 19 Ogos - Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) terus memperkasa kemudahan awam dalam kawasan pentadbirannya menerusi projek naik...
THANUSAA CIPTA KEJUTAN, SUMBANG EMAS UNTUK MELAKA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka terus menambah kutipan pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) Selangor apabila atlet skuasy wanita,...
KARNIVAL FALAK BENTUK SAHSIAH UNGGUL MUSLIM
TANJUNG BIDARA 19 Ogos - Penganjuran Karnival Falak Peringkat Kebangsaan 2026M/1448H di Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu pada 11...
